Saturday 29 December 2012

cerita bab 51


Mataku celik apabila merasakan perutnya dicucuk dengan benda tajam. Jam di dinding menunjukkan pukul 3.40 pagi. "Oh no..", jeritku kecil sambil bergegas ke bilik air..

"Aku salah makan ker?", omelku sambil berjalan terbongkok-bongkok memeluk perutku yang tengah meragam. Baru sahaja hendak melabuhkan diriku di atas katil apabila tekakku berasa loya pulak. Nasib diriku sempat sampai ke bilik air sebelum memuntahkan segala isi perut. Akhirnya aku membuat keputusan untuk menunggu di hadapan bilik air sehingga perutku berasa lebih nyaman.

"Lia..", tegur Haz yang masih mamai.
"Erm?"
"Kau buat apa duduk depan bilik air?"
"Aku rasa aku food poi..”, aku termuntah lagi sebelum sempat menghabiskan ayatku.
Haz bergegas ke arahku dan mengusap belakangku.

"Ya Allah Lia.. Kenapa dengan kau ni?", ujar Haz sambil memapahku ke bilik.
“Aku rasa aku salah makanlah..”, jawabku lemah.
“Kau okay tak ni?”
"Takdelah terok sangat.. Chill okay. Tak yah panik."
“Muka kau pucat ni. Mananya aku tak panik. Kau duduk sini diam-diam aku tolong buatkan air.”
Haz membuatkan segelas air milo panas untuk memanaskan perutku. Baru sahaja aku meminum dua teguk air milo buatan Haz pabila perutku meragam lagi. Aku bergegas ke bilik air kembali.
"Lia! Kita pergi klinik eh esok pagi..", ucap Haz.
"Hmm", balasku sebelum termuntah sekali lagi.
Badanku lemah. Aku berusaha bangun dengan bantuan Haz..

"Lia.. Kau pegang tiang tu kuat-kuat tau..", pesan Haz kerana tiada tempat duduk yang kosong di dalam bas.
Ku merasakan kepalaku menjadi pening pabila tibanya di klinik.
"Lia!", jerit Haz kecil pabila jalanku kelihatan terhuyung-hayang.
“Aku okay. Aku okay.”, ujarku menenangkan Haz.
"Tulis dekat sini bukak pukul 8 pagi tapi sekarang dah nak pukul 9. Takkan tak bukak lagi.", bebel Haz yang kelihatan risau.
“Haz.. Jomlah duduk somewhere sementara menunggu.”, pintaku pada Haz.
“Okay. Kita pergi ke PohonMas Cafe yang dekat sana tu eh.”
Aku mengangguk kepalaku tanda setuju. Dalam keadaan ini, aku mementingkan jarak yang dekat dengan tandas. Karang aku termuntah dekat mana-mana kang susah.

Sekembalinya daripada klinik, aku terus merebahkan diri di atas katil milikku. Aku hanya mahu berehat dan tidur. Aku hanya bangun apabila Haz menyuruhku makan agar diriku boleh memakan ubat.
"Tulah kau.. Tak jaga kesihatan.", bebel Haz.
"Haah. Dah lah food poisoning. Demam pulak tu.. Nangislah lagi. Nangis lagi banyak-banyak sampai kau demam seminggu.", sampuk Farzana yang singgah ke bilik setelah mendengar khabar diriku daripada Haz.
"Hmmm.. Tak payahlah nak jadi mak nenek pulak kat sini.", balasku,
"Jangan nak melawan eh. Kumbang bukan seekor. Kesihatan kau mana nak cari?", kata Farzana lagi.
"Sesuka hati kau jer kan buat peribahasa sendiri.", jawabku.
"Janji kau faham apa yang aku nak sampaikan."

Haider.. Kami sudah kembali bersama tetapi kecewaku masih berbaki. Sukar bagiku untuk berlagak seperti tiada apa-apa yang telah berlaku setelah kejadian malam itu. Tambahan pada waktu begini, aku tidak betah melayan dirinya. Aku ada menghantar sms kepadanya sekadar untuk memberitahu keadaan diriku yang kurang sihat.

cerita bab 50


Beep! Beep!
"Aulia Yasmin Binti Harraz ", kelihatan mesej daripada Fini.
“Ya?”
“Kau okay?”
“Alhamdulillah, sihat jer..”
“Maksud aku mentally?”
"Okay kot.."
“Status kau apa eh sekarang?"
“I’m back with him I guess.”
“Hmm..”
“Kau tengah rasa aku seorang yang bodohkan?”
“Kau rasa?”
“Argh! Memang punnnn aku bodoh. Bila Haider cakap dia pilih aku, aku terus terima dia balik.”
"Aku rasa nak sekeh jer kepala kau.. Kau tau?!”
“Aku dah terlanjur cinta lah Fini!”
“Banyaklah kau punya terlanjur cinta. Kau tau tak he do consider the choice of leaving you for Ifa and kau setia menunggu dia macam tunggul?!”
"Speaking of Ifa.. Dia ada hantar mesej through Facebook dekat aku."
"Dia cakap apa?"

"I'm sorry if I masuk campur hal korang tapi I think I have the right to voice out my opinions. Me and him did contact each other and I know it's my fault because I entertained his texts although I boleh jer ignore him. He's my past, we're a history and trust me, he loves you more than you think. I wanted you guys to last forever. You guys make a great couple. He's yours in the first place. I have my own man. I don't want between us, there's an unsettled business. I made it clear to him I won't entertain his texts anymore."

"Tulah yang dia cakap.", balasku lagi.
"Kau reply apa?"

"I'm glad you know where you stand. I hope you mean all of this. Just because I don't make a big fuss doesn't mean I'm okay with all of this. You guys dah besar, tau mana yang betul dan salah. So stop going over the boundary. I hope you respect my feelings as his girlfriend. Please stay away from us. You won't like it either if you're in my shoes. Sorry for sounding really bitter."

"Lagi?”, ujar Fini.
"Dia boleh pulak marah aku balik lepas tu. Panas hati aku!"
"Dia cakap apa?"

"I'm trying to clear off the gloomy clouds here okay. Don't blame me if he still has feelings for me."

":-O”
"Untunglah aku takde black belt doe.."
"Kau jangan nak buat lawak. Lepas tu kau jawab apa?"

"Benda tak jadi kalau hanya bertepuk sebelah tangan. Baguslah you dah move on dan ada new man. Don't turn back. I'll make sure he won't again too.."

"Lepas tu?!"

"I was testing him. What makes you think I'll return back to him? I just have this grudge on him. That"s all."

"Tu jerlah..", balasku.
"Dia tak over Haider lagi tu."
"Aku tahu.."

cerita bab 49


17 September 2011,
11.29 pagi

"You.. I dah sampai ni."
"I'm on my way.", balasku.
Rindu.. Sememangnya dia rindu akan Haider. Kali terakhir mereka bersua adalah pada hari Haider berkunjung ke rumahnya untuk beraya.

Aku tersenyum lebar apabila melihat Haider dari kejauhan.
"Hai..", kataku.
"Hai.."
"Cantik baju you.."
"Girlfriend I yang bagi."
"Bagus betul taste girlfriend you.."
"Tulah.. Sampai kakak I pun puji."
"Serius? Kakak you cakap apa?"
"Dia cakap baju I cantik.. Mana beli.. I tipu jer bagi tau baju lama tapi baru pakai. Karang kontroversi dekat rumah kalau I cakap you yang bagi."
"You tak payahlah nak perasan sangat. You bukannya Aaron Aziz kontroversi sampai Melodi nak kejar."
"Kalau rupa I macam Aaron Aziz, nanti you jugak yang makan hati."
"Nasib baiklah tak kan?
Haider membalas kata-kataku dengan jelingan tajam sebagai tanda tak puas hati.

Dia sampai di rumah tepat jam 6.00 petang. Haider telah berjanji untuk menemani ibunya ke majlis ramah-tamah anjuran pihak pengurusan pejabat ibunya.

"You.. I dah sampai rumah."
"I pun baru jer.."
"You kemas jer lah tu. Tak payah handsome sangat tau.."
"Nanti I pakai selekeh-selekeh jer lah.."
"I gurau jer lah.. Behave yourself. Take care. Have fun :-)"
"I tau.. Will do!"

Jarum jam menunjukkan hampir ke angka 11 apabila handphoneku berbunyi menandakan sms datang daripada Haider.
"I baru sampai rumah."
"Best ker tadi?"
"Enjoylah jugak."
"Owh.."
"You.. I ada benda nak cakap."
"Yes?"
"I jumpa Ifa tadi.."
"Owh.. Dia sihat?"
"Sihat jer lagaknya."
"Bila dia fly?"
"I lupa pulak tanya."
"You okay?"
"Kalau I cakap I tak tau?"

Dia tak pernah menyangka ayat itu boleh merobek hatinya kasar. Dia tahu sememangnya Ifa masih bertakhta di hati Haider. Kalau Haider sendiri tidak menidakkannya, siapalah dia untuk menidakkannya jua.. "At least dia jujur.", desis hatiku sekadar untuk menyenangkan hatiku.

"You?"
"You okay?"
"I think I still have feelings for her.."
"You.. I tak minta pun benda ni terjadi."
Sms-sms Haider hanya ditatap tanpa balasan. Dia berharap Haider tidak akan membincangkan perkara ini dan apabila dia bangun esok, semua ini hanyalah mimpi buruknya. Dia kecewa. Siang tadi hati Haider masih untuknya. Kemunculan Ifa yang hanya sebentar itu meragut kebahagiaannya sekelip mata.

"You baliklah dekat Ifa.. I tau seberapa kuat pun I cuba, I memang akan kalah.", akhirnya itu yang dibalasnya.
"You.. I need you to fight for us."
"There's nothing left to fight for.. Perasaan memang tak boleh dipaksa. This is not the first time you buat I macam ni. You baliklah dekat dia sebelum I tukar fikiran."

Selepas itu, tiada lagi balasan sms daripada Haider yang diterimanya. Malam itu, dia menangis lagi ditemani bait-bait lagu California King Bed.

Friday 28 December 2012

cerita bab 48


"Weh! Giler mengantuk.", ujarku sambil menutup mulutku menahan kuap.
"Kau nak jadi famous ker? Kau tak nampak cctv tu. Karang muka kau masuk tv.", jawab Farzana.
"Ala.. Kejap jer pun tak boleh ker? Berair dah mata aku ni."
"Kau jangan nak buat hal eh Lia.", sampuk Amira.
“Kau tahu tak this kind of activity at this time is ridiculous. It’s almost 12 in the morning and we’re still here. Bila nak balik ni?”, omelku.
“Dah namanya pun orientasi Lia.. At least takde lah ragging session yang kaw-kaw..”, jawab Ina pulak.
"Fine! Nasiblah abang MPP yang seorang tu handsome. At least ada jugaklah solid reason untuk aku stay sini sampai benda ni habis.”
“Banyaklah kau punya solid reason. Habis tu buah hati kau nak campak mana?”, tanya Farzana.
“Aku takde text dia lagi hari ni.”
“Kenapa?”
“Gila kau.. Kalau text time cenggini punyalah bahaya. Aku tak nak mesej aku kena rekod cctv lepas tu kena broadcast dekat tv. Huish!”
“Epic lah Lia kalau keluar tv!”, sampuk Amira.
“Ha ha ha..”, kataku sambil membuat muka tidak berpuas hati.
“Nah Lia.. Baik kau kill times dengan bermain game yang ada dalam handphone aku jer..”, pujuk Haz sambil mengulurkan handphone miliknya kepada aku.
“Fine..”, kataku sambil menyambut handphone yang dihulurkan oleh Haz.
“Si Aulia kan macam budak-budak.”, bebel Ina.
“Memang aku budak lagi kalau nak compare dengan korang.”, balasku.
“Aku hands down lah kalau Lia dah buka bab siapa tua siapa muda ni.”, kata Farzana.
“Baiklah. Case is sealed.”, kata Amira.
“Tulah.. Cari lagi gaduh dengan aku.”, kataku.
Haz, Ina, Amira dan Farzana merupakan antara rakanku yang pernah belajar bersamaku di Labuan yang juga meneruskan pelajaran di Unimas. Kebetulan mereka juga menetap di kolej kediaman yang sama dengan diriku. Jadi kami selalu bersama untuk mengelakkan the need to do small talk yang awkward dengan strangers atau dalam erti kata lain mencari rakan baru yang berkemungkinan tak sekepala dengan diri.

cerita bab 47


Beep! Beep!
"Lia! Kau kat mana?", tanya Haz.
"Dah depan kolej kediaman dah ni. Kau cepat sikit boleh tak?"
"On the way lah ni."
"Giler lambat. Kau berjalan ker merangkak?"
"Mengensot.. Janganlah marah. Aku nampak dah kau dari sini."
“Cepatlah sikit!’
“Ya.. Ya..”

Hari ini merupakan hari pendaftaran pelajar-pelajar degree ke universiti yang diterima masing-masing. Dia menerima tawaran daripada Universiti Malaysia Sarawak. Mungkin bukan rezekinya untuk meneruskan pelajaran ke UTM. Dia yakin Allah mempunyai rancangan yang tersendiri untuknya. Dia dan Haz telah berjanji untuk mendaftar bersama-sama supaya mudah untuk meminta agar mereka menjadi roommate.

“Alhamdulillah.. Akhirnya.”, kataku sambil merebahkan badanku ke atas katil milikku.
“Kuruslah aku kalau macam ni Lia.. Semput tau nak naik tangga sampai tingkat 3!”, ujar Haz.
“Dah nasib badan Haz oi. At least dia benarkan kita duduk sebilik.”
“Tapi..”
“Bersyukurlah apa adanya Haz.. Kau anggap jer lah semua ni exercise. Bolehlah kau kuruskan paha kau tu sikit.”
“Hamboi! Kau punya perut ada berapa banyak lipat?”
“Kita serupa okay. Aku pun tak tau apa yang aku dah makan sampai badan aku naik mendadak cenggini.”
“Hari-hari makan ayat cinta. Tu lah kau jadi kembang macam tu.”
“Ewah! Ewah!”, balasku sambil melemparkan bantal ke arah Haz..
“Hadoi!”
“Tulah kau.. Tak sayang mulut. Aku letih giler dah ni. Tak kuasa aku nak layan kau. Aku nak nap jap.. Nanti petang ada aktiviti kan?”
“Aku memanglah kau tak nak layan. Kalau cik abang kau yang call, tak tidur malam pun takpe.”
“Haz.. Kau pernah tak rasa kena baling dari tingkat 3?”
“Aku gurau jer lah.. Kau nap jer lah tu.”
“Aku tau.. Saja jer nak bagi suspens.”

cerita bab 46


Pejam celik pejam celik, Ramadhan pun berlalu dan Syawal kembali lagi. Ini merupakan Syawal keduanya bersama Haider. Syawal yang lalu merupakan detik permulaan dan aku berharap aku akan terus menyambut Syawal yang mendatang dengannya lagi.

"Thanks for coming over :-)", taipku dan dihantar kepada Haider.
"Your dad really creeped me out a bit", balas Haider.
"Tulah.. Lain kali kalau nak datang cakaplah dulu."
"Raya kan.. Apalah salahnya. Your house terbuka untuk certain people jer ker?"
"Bukan tu maksud I.. What I mean is that bolehlah I inform you awal-awal siapa ada dekat rumah. Tadi jumpa abah jer terus kelam-kabut. Padan muka!"
"Jahat! Kita baru bermaafan tau tadi."
"Sensitif! Gurau sikit pun tak boleh."
"Jantung I dah nak terkeluar dah tau.."
"Nanti I tolong kutipkan untuk you."
"Yelah tu.."
"Dah lah.. You tu bukan boleh dilayan sangat. Senget sikit. You dah sampai mana dah ni?”
“I baru jer hantar Awang balik.”
“Lepas ni nak gi mana pulak?”
“Lepas ni baliklah..”
“Okay then. Drive safely!"
"I will. Nanti I sampai rumah I let you know."
"Okay!"

“Aulia..”, panggil mama sambil mengetuk pintu bilikku.
“Ya ma? Tolak jer pintu, tak kunci pun..”, jawabku.
“Mama tau yang mana satu boyfriend Lia.. Yang pakai Baju Melayu colour maroon tadi kan?”
“Mana mama tau?”
“A mother’s instinct.. Mana boleh Lia nak tipu.”
“Kalau tekaan mama salah macam mana?”
“Tak yah lah nak tipu mama. Tu lah Lia terkocoh-kocoh tukar baju kurung tadi kan? Nak pakai colour sedondon lah tu.”
“Did not!”, protesku.
“Right.. You kids are so cheesy and predictable.”
“Mana ada!”, tingkahku tidak berpuas hati.
“Mama was young too once okay.”
“Well then, I guess the cheesy-ness gene, mama lah yang passed down dekat kakak kan?”
“Pandailah..”, ujar mama sambil mencubit pipiku.
Aku mengaduh kesakitan setelah dicubit mama. Never once I imagine having this type of conversation dengan mama. I guess this is growing up.

cerita bab 45


4 Julai 2011,
Isnin, 3.56 petang.

Cepat sahaja jarinya menekan keypad handphone kemudian menekan send.
"I dekat sekolah ni melepak dengan yang lain."
"You main volleyball lagi eh?", tanyaku.
"Tak kot.. Macam tak cukup orang jer.."
"Lama lagi ker kat sana?"
"Mungkin.. Kenapa?"
"I nak send barang over boleh tak?”
“Barang apa?”
“Adalah.. Okay tak kalau I swing by?”
“I guess..”
“ Lepas Asar I swing by eh?"
"Okay :-)"

Selepas menunaikan solat Asar, aku pun menuju ke sekolah menengah di mana Haider pernah belajar.
“You kat mana ni?”
“Dekat dalam ni.”
“Nak I masuk ker?”
“Tak yah lah.. Jap eh I keluar. You kat mana ni?”
"I dekat depan gate."
"I nampak dah.. Kejap eh.."

"Hai!", ujar Haider daripada luar tingkap keretaku.
"Hai.."
"Apa barang yang urgent sangat you nak hantar?"
"Nah!", kataku sambil menghulur paper bag.
"Ada apa kat dalam ni?"
"You tengoklah."
"Cupcakes dengan chocolates.", ujar Haider sambil menayangkan container yang mempunyai cupcakes itu kepadaku.
"I buat cupcakes tadi."
"Baguslah you.. Cuti lama-lama belajar memasak. Memang boleh buat bini."
"Tak payah nak puji sangatlah.."
"Chocolates ni you beli?"
"Abah baru balik outstation dari KL. Tulah banyak chocolates dekat rumah."
"Owh.."
"Okaylah tu jer.. I nak balik ni. You enjoylah dengan kawan-kawan you."
"Tu jer? Hati you tak nak bagi I ker?"
"Tak.. Dah kena curi kan hari tu. Tulah pencuri tu tak bagi balik lagi."
"Eh? Tak payahlah bagi balik. Nanti I suruh pencuri tu simpan elok-elok."
"Pesan dekat dia jangan pecahkan tau.."
"Nanti I pesan eh."
"Dah lah.. Malas I nak layan you.. I balik dulu."
"Yelah.. Yelah.. Drive baik-baik tau.."
"Yes sir!”, kataku sambil membuat aksi salute.
“Comel!”, kata Haider separuh ketawa.
“I tau..”
“Thanks eh. You drive baik-baik. Sampai rumah jer inform I terus.”
“Okay. I jalan dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam."

cerita bab 44


Bunyi deringan handphone mengejutkannya.
"Hello Lia?"
"Yes? Siapa ni?"
"Hoi! Ni Ziq lah.."
"Kau tukar number baru ker?"
"Taklah. Ni number Afiz. Kau free ker sekarang?"
"Free. Apesal?"
"Jom keluar makan."
"Random giler."
"Ikut jer lah.. Afiz belanja tu. Dalam 10 minutes lagi kami ambil kau."

"Assalamualaikum.", ucapku setelah masuk ke dalam kereta.
"Waalaikummussalam.", jawab Ziq dan Afiz.
"Kita jer ker? Aku ingat Afiz bawak buah hati dia sekali."
"Taklah.. Dia penat. Kami baru jer lepas keluar tadi.", jawab Afiz.
"Prihatinnya si Afiz."
"Haruslah..", balas Ziq..
“Dah lah.. Tak payah cerita pasal aku.. Aku nak tau pasal korang. Lama tak jumpa ni. Tapi sebelum tu kita patut pergi makan dulu.”, sampuk Afiz.
“Aku dengan Aulia on jer.. Kau kan yang belanja.”, jawab Ziq..

"Kau apa cerita sekarang?”, kataku pada Afiz sementara menunggu order kami siap.
"Macam tu jer lah.."
"Mana ada macam tu jer.. Buah hati kau?", sampuk Ziq..
"Asyik-asyik nak cakap pasal aku.. Drop the topic already lah.. Korang macamlah tak kenal buah hati aku siapa. Takde apa benda pun yang korang nak korek. Kita cakap pasal buah hati Lia jer lah..", ujar Afiz.
"Tukar topik!", balasku.
"Haah. Kau bukan ada cinta baru ker sekarang?", tanya Ziq.
"Ewah ayat..", kataku.
"Syah cakap kawan sekolah dia..", kata Ziq lagi.
"Korang kan kalau bergosip mengalahkan aku.. Syah cakap apa lagi kat kau?", ujarku.
"Taklah. Dia cakap kau join dia orang keluar hari tu. Jadi barulah dia tau yang kau ada hubungan dengan kawan dia tu."
"Owh..", balasku.
Perbualan kami terhenti apabila order kami sampai. Sebelum jam menunjukkan pukul 10 malam lagi, aku sudah pun berada di rumah. The gents know the rules bawak anak gadis orang keluar.

cerita bab 43


Pada lusanya, aku dan Afifah berkunjung ke UK untuk membeli ole-ole dari Labuan untuk dibawa pulang.
"Fah! Couple mug ni comel giler!"
"Belilah.. Jangan kau terpecahkan jer nanti."
Aku membalas kata-kata Afifah dengan cebikan.
"Alamak! Syah sedang menuju ke arah ni. Lari Fah.. Karang spoil jer suprise aku..", kataku sambil mengheret Afifah berdiri jauh daripada rak di mana terletaknya mug tu tadi.

"Hah! Beli apa tu?", tanya Syah.
"Chocolate. Kau?", jawabku.
"Aku saja jer datang sini tegur korang. Dan aku nak cakap kat Lia, kalau kau beli mug tu hati-hati karang pecah pulak.", kata Syah sambil berlalu pergi.
"Ala.. Kantoi! Harap-harap Syah tak bagi tau Haider.", omelku.


25 April 2011,
Isnin, 11.00 pagi.

"Kakak!", jerit Danish.
"Ya?"
"Ada phone call daripada UTM!"
"Siapa? Tak dengarlah!"
"UTM! Tak nak jawab ker?"
"Hah?! Bak sini cepat!", kataku.

"Cik Aulia ker yang bercakap?"
"Ya saya.."
"Saya daripada UTM, nak bagi tau cik yang cik layak untuk menghadiri temuduga untuk kursus architecture UTM. Jadi saya nak pastikan yang cik dapat menghadirkan diri untuk sesi temuduga tu nanti."
"Okay.."
"Cik tolong check email cik dan respond to that email secepat yang mungkin."
"Okay.."
"Okay. Selamat petang."
"Okay. Selamat petang. Thank you.."
"Sama-sama."
"OMG! OMG! Aku layak! Tulah Lia, lama giler kau tak check email kau.. Nasib dia call.", desis hatiku.

Sejurus itu juga, aku login to akaun emel milikku dan member respond kepada emel yang telah dihantar oleh pihak UTM.

cerita bab 42


Esok merupakan hari terakhir PSPM semester 2. Sekarang jam menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Aku membuat keputusan untuk tidur dahulu dan menyambung menelaah awal pagi esok.

Beep! Beep!
Ku lihat jam menunjukkan pukul 3.12 pagi.
"Apesal Haider hantar sms pagi-pagi buta ni.", desis hatiku.
"I think I'm still in love with Ifa.", ayat itu menusuk tajam kalbuku.
"After all the time. You're not over her yet?"
"I thought I did.."
"You thought you did.. Baguslah. You balik jer dengan dia."
"Tapi I tak tau.."
"Tak boleh ker you pretend you're in love with me satu hari jer? Esok ker lusa ker? I ada banyak benda nak fikirlah sekarang and you're definitely not my priority."
"Okay."
"Bye!"
Aku terus menarik selimut dan menyelubungi tubuhku. Malam itu aku tertidur akibat letih menangis.

"Kalau kau nak menangis, baik kau menangis sekarang. Get over this mess and get back in track.", kataku pada diriku.
Jam menunjukkan pukul 4 pagi, aku mengesat air mataku dan terus bangun. Pandanganku kabur, kepalaku pening. Tak satu pun yang dibacaku melekat dalam mindaku. Akhirnya aku membuat keputusan untuk menyambung tidurku. Tiada gunanya aku cuba menelaah dalam keadaan begini.

Azan Subuh yang berkumandang mengejutkan aku daripada tidurku.
"Aulia, kau kan kuat.This is nothing. Baik kau ambil wuduk sekarang dan sujud pada-Nya.", desis hatiku.
Usai menunaikan solat Subuh, aku kembali menelaah. Aku cuba untuk tidak memikirkan perihal Haider.

"Aulia Yasmin!", jerit Afifah daripada kejauhan.
"Apa?", jawabku sambil mencari tempat berlindung daripada sinaran matahari.
"Kalkulator kau!"
"Ya Allah. Terima kasih Fah sebab ingatkan.", kataku.
"Kau okay ker? Nampak distracted sangat pagi ni."
"Aku okay. Pening jer sikit."
"Mata kau kembang gila dowh!"
"Aku tidur lewat kan malam tadi."
"Hmmmm.. Okaylah aku pergi dulu eh. Ija dah tunggu tu. Goodluck!", ucap Afifah sambil berlalu pergi.
"Goodluck to you too.", kataku.

Aku membelek-belek kertas soalan untuk mencari soalan-soalan yang senang dahulu bagiku. Tiba-tiba aku rasa pening yang amat sangat. Sinaran matahari yang terik menerukkan lagi keadaanku. "Sabarlah wahai hati. Jangan kau nak buat drama menangis dekat sini pulak. Lepas ni kita tidur kejap eh. Bagilah aku jawab at least 70% daripada paper ni dulu.", bisikku pada diriku. Selepas berpuas hati kerana sudah menjawab kebanyakan daripada kertas soalan, aku pun tidur sebentar beralaskan tanganku.

Aku terbangun selepas mejaku diketuk oleh invigilator yang bertugas. Mungkin sebab aku dah tertidur lama sangat. Aku menjawab soalan-soalan yang belum ku jawab. Selepas berpuas hati, aku double check semua jawapanku dan menunggu masa tamat.

Selepas tamat peperiksaan, aku singgah ke cafe untuk membeli makanan. Sesampainya di bilik, aku switch on laptop milikku dan terus menekan folder We Got Married. Jo Kwon dan Gain are my happy pils. Aku tidak betah untuk memikirkan masalahku dengan Haider pada waktu ini. Aku masih ada satu lagi paper yang perluku duduki.

"Assalamualaikum.", ujar Afifah yang baru sampai.
"Waaaikummussalam.", jawabku.
"Lagak kau macam dah habis paper.", katanya.
Aku hanya tersenyum membalas kata-kata Afifah.
“Kau dah makan ker?”
“Dah baru jer.”, jawabku sambil menutup laptopku.
"Fah.."
"Ya?"
Aku nak tidur kejap eh. Nanti kau bangunkan aku. Karang aku missed pulak paper petang nanti. Aku pening ni.”
"Okay! Jangan risaulah. Kalau susah sangat aku simbah jer sebaldi air kat muka kau.."
“Kau yang selalu tidur mati bukan aku.”
“Ya lah.. Ya lah.. Kau pergi tidurlah. Karang melarat pulak pening kau tu.”
“Okay.”, kataku dan terus merebahkan tubuhku di atas katil milikku.

"Lia.."
"Erm?"
"Bangunlah.. Zohor dah ni. Lagipun kau ada paper lagi lepas ni."
5 more minutes.", omelku.

Usai Zohor dan mengemaskan barang-barangku. Aku mengambil tempat di sebelah Afifah.
"Fah.. Aku ada benda nak cakap."
"Apa dia?"
"Nanti aku cerita lepas aku habis paper ni eh."
"Okay. Goodluck!"
"Thank you."
Handphone milikku memang dibiarkan off sejak pagi lagi.

"Last paper! Wuhoo!"
Suasana kecoh. Semua pelajar jurusan Fizik bersorak gembira. Aku tersenyum puas. Setahun sudah aku di sini. Pahit manis susah senang hidup di sini semuanya ku dah rasakan.

"Assalamualaikum..", ujarku sesampainya di bilik.
"Walaikummusalam.", jawab Afifah yang sedang leka dengan laptopnya.
"Aku dah habis paper! I'm done. Wuhoo!", kataku.
"Untunglah.. Aku ada satu paper lagi.", katanya.
Sememangnya pelajar-pelajar jurusan Akaun memang mengambil satu subjek lebih daripada kami.

"Ingat tak tadi aku cakap aku ada benda nak cerita?", kataku sambil mengambil tempat di sebelah Afifah.
"Erm?"
"Haider..", menyebut namanya membuatkan air mataku mengalir.
"Ya Allah.. Aulia.. Kenapa kau nangis ni?"
Aku switched on handphoneku dan menunjukkan mesej awal pagi tadi kenapa Afifah.
"Lia! Kenapa kau pendam? Kenapa kau simpan masalah ni?", marah Afifah.
"Aku tak boleh deal masalah ni dulu. Sebab tu aku simpan. Takkan sebab seorang lelaki, aku nak musnahkan masa depan aku."
"Nangis lah Lia.. Nangis sampai kau puas."
"Lakonan aku sangat meyakinkan ker?"
"Haah. Aku tak detect pun masalah kau.. Kau kan memang tak patut."
"Entahlah Fah.. Aku pun tak tau nak buat apa. Yang aku tau aku sangat penat."
"Lia kau sangat kuat. Aku nak kau ingat tu. Tidurlah Lia.. Rehat dulu sebelum kau buat apa-apa."
Afifah duduk di katilku menemani diriku menangis sehinggalah aku tertidur.


Malam itu, Haider menelefonku. Aku tahu dia masih sayangkan Ifa. Kalaulah perasaan boleh dipaksa. I used to be that person too once. Ini mungkin karma. Aku memang bukan jenis perempuan yang fight over boys. Bukan sebab aku sombong tapi insecurities. Kalau diriku memang bagus, kenapa harus si dia mencari lain. Past experiences yang bukan hanya sekali, bukan dua tapi sudah masuk tiga mould me into this girl. Sayang.. Sebab aku dah sayang membuatkan aku menerima Haider kembali dengan mudah.

cerita bab 41


It's the last week of study. Next week is study week lepas tu final examination. Aku berasa lega sebab I'm done with all those activities.

Usai, kelas Pendidikan Islam yang terakhir.
"Iza dengan Nina tunggu sebentar boleh tak?", ujar ustazah.
"Ya ustazah?", kata Iza.
"Saya ada hadiah untuk diberikan kepada kamu.", ucap ustazah sambil mengeluarkan dua helai selendang."

Suasana dalam kelas masa tu terus sebak. Iza dan Nina mengalirkan air mata sambil menerima pemberian ustazah. Aku dan Nurul yang memerhati pun turut menangis. Indeed actions are larger than words.

“Saya harap dengan pemberian ini, kamu berdua akan terbuka hati untuk bertudung permanently. Siapalah saya untuk memaksa. Semuanya kuasa Allah. Insha-Allah kalau ada rezeki, kita akan berjumpa lagi walaupun saya tahu kamu semua mungkin tak nak dah kembali ke Labuan. Tapi siapalah kita hendak menidakkan kuasa Allah.”, merupakan ucapan ustazah yang terakhir sebelum mengucapkan selamat tinggal.

"Ya Allah, inikah petunjuk dari-Mu? Terima kasih Ya Allah.", bisik hatiku.
From there, aku berimej baru. Semua gambar-gambar free hair milikku yang terdapat pada Facebook, blog dan Twitter terus kupadamkan.
"Semoga aku beristiqamah dalam melaksanakan perintah-Nya ini.", bisik hatiku.

cerita bab 40


11 Februari 2011,
Jumaat, 2.03 pagi.

Aku terbangun daripada tidurku. Kelas yang berlanjutan sampai ke petang dan latihan drama Romeo and Juliet memang memenatkan. Belakangan ini, aku selalu tertidur semasa berbalas sms dengan Haider. Aku pun memeriksa handphoneku millikku.

"Will you go out with me? Officially?"
"Hah?", kataku sambil menggosok mataku.
Aku membaca sekali lagi sms yang ku terima daripada Haider untuk memastikan aku tidak bermimpi.

"Yes :-)", balasku.
Handphone ku berdering menandakan panggilan.
"You bukan dah tidur ker?", tanya Haider.
"I terbangun.."
"My question tadi, it's a yes?"
"It's a yes and I nak tanya something.."
"What?"
"What took you so long?!"
"Haha! Esok I jawab soalan-soalan you.. Sekarang you sambung balik tidur. You penatkan?"
"Haah.. Okay.”
“Goodnight love."
"Goodnight dear."
Malam itu, aku tersenyum bahagia dalam tidurku. Second chance. Let's make this forever. If forever does exist.

cerita bab 39


3 Februari 2011,
Khamis, 12.30 tengah hari.

Aku sedang leka menonton tv apabila handphoneku berbunyi.
"Lia!"
"Yes?"
“Kau kat mana ni?”
“Aku kat rumah..”
“Kau balik ker?”
“Haah. Kan tengah cuti Chinese New Year.
"Kalau camtu lepas Zohor nanti aku melepak kat rumah kau eh."
"Apesal?"
"Sebab aku nak jumpa kau lah.."
“Boleh.. Datang jer.. Bawak makanan sekali tau.”
“Aku bawak diri aku dan makanan yang dah sedia dihadam di dalam perutku ini.”
“Tak senonoh!”
“Kau tu yang tak senonoh! Adakah aku yang jadi tetamu ni nak bawak makanan. Kau tu bancuhkan air Ribena segelas untuk aku.”
“Kelassss kau jah!”
“Senget! See you in a bit.”
“Okie dokie!”

"Lia.."
"Erm?"
"Kau tolong berucap sikit boleh tak?"
"Untuk apa?"
"Aku nak buat time capsule."
“Aku lemah sikitlah bab speech ni.”
“Alah.. Please.. Aku nak ada memori yang once we reach 30, I can look back at good times we had when we were 18.”
“Mana ada good timesnya kalau kau tengok aku merapu tah apa-apa dalam video tu.”
“Pleaseeeee..”, ujar Fini memujukku.
Akhirnya aku akur dengan permintaan Fini. Orang nak fly abroad kan.. Entah bila aku akan berjumpanya lagi.

"Fini.."
"Erm?"
"Aku laparlah. Jom pergi McD!"
"Kau kan.. Nak makan jer kerja.”
“Alah.. Jomlah.. Aku kan dah menurut permintaan kau. Sekarang turn kau pulak! Jomlahhh..”
“Tak ikhlas langsung!”
“Kau tak dapat ukur aku punya tahap keikhlasan. Jomlah..”
“Fine!”
"Saayaaaang Fini. Aku ajak Syimah dan Izah sekali eh."


"Eh!"
"Kau apesal buat emergency break di tengah-tengah dunia ni Lia?", soal Syimah.
"Masuklah..", kata Izah.
Aku membalas kata-kata mereka dengan senyuman.
"Aku nampak Haider..", kataku.
"Mana?!", jerit Fini, Syimah dan Izah,
"Jom aku kenalkan dia dengan korang."

Selepas melakukan a brief introduction, aku mengambil tempat duduk di sebelah Fini.
Beep! Beep!
"Haider.", bisik hatiku.
"Your ice cream I letak atas meja you.."
"What ice cream?"
"The one I owe you.."
"Ingatkan you dah lupa."
"I promised didn't I.."
Aku mengangkat wajahku dan menoleh ke arahnya. Kami berbalas senyuman. Aku tak duduk pun bersama Haider. Bagiku he should enjoy his time with his friends like I am.

cerita bab 38


"Aulia!", panggil Sir Edward.
"Yes sir?"
"This book. Take it. You still haven't found your bag right?"
"Thank you sir..", jawabku sambil mengambil buku yang dihulur.
"Jangan hilangkan yang tu pulak."
"I will not", kataku sambil berlalu.

"Lia!", jerit Nina dan Nurul dari kejauhan.
"Apa?"
"Kita tukar buku nak tak?", ujar Nurul.
"Apesal pulak?"
"Sebab buku tu special. Sir Edward bagi sendiri dekat kau..", kata Nurul sambil menunjuk ke arah buku yang berada dalam pelukanku.
“Mana korang tau?!”
“Kami nampak tadi Sir panggil kau dan bagi buku tu.”, jawab Nina.
“Tak boleh!”
"Alah.. Bolehlah Lia..", pujuk Nina.
"No way! Sebab Sir Edward bagi sendiri kat akulah buku ni aku kena jaga betul-betul. Kalau korang nak pergilah minta sendiri", kataku sambil berlalu pergi.
"Kedekut!", ucap Nurul tak puas hati.
"Korang kan.. Asyik nak menggatal jer kan..”

Walaupun selepas aku mendapat balik beg dan buku-bukuku yang ada di dalamnya, aku masih menggunakan buku yang diberi Sir Edward. Anggap jer lah ambil tuah!