Tuesday 27 November 2012

cerita bab 2


1 Disember 2008
Isnin, 10.13 malam.

"Hoi! Boleh tak stick to one channel jer? Ni asyik tukar-tukar jer. Bak sini remote tu!"
"Suka hati kakaklah! Kacau jer.."
"Oo suka hati eh.."
"Huwargh!"
Tanpa dia sedari, Lisa telah mengigit tangannya untuk mendapatkan remote. Dia membalas gigitan Lisa dengan cubitan halus.

Pergaduhan kecil ini berlarutan sehinggalah mereka dileraikan oleh sindiran mama yang sedang leka membaca majalah.
“Seingat mamalah.. Mama ada dua orang anak gadis dan satu jer anak lelaki. Tapi kenapa mama rasa macam mama ada tiga anak laki?”
“Adik ni ma.. Kakak mana ada kacau dia..”, jawabku.
“Kakak ni! Annoying sangat ma..”, jawab adikku pulak.
“Aulia, bukannya kamu tengok pun tv tu. Bagilah adik kamu tengok..”
Aku akur dengan arahan mama. Kalau dilawan karang, jadi anak derhaka pulak. Tak kah begitu?

Aku merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Lisa merupakan adik perempuanku yang berusia 4 tahun lebih muda daripadaku. Anak emas mama dan abah. Mana taknye, otak tu bergeliga. Entah apa yang diamalkannya. Kalau nak cakap rajin, rajin lagi aku. Danish pulak merupakan adik lelakiku yang berumur 6 tahun lebih muda daripada diriku. Adikku yang seorang ni, agak liat dalam bab-bab menuntut ilmu. Dia lebih gemar melibatkan dirinya dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum sekolah. Sekarang, dia aktif dalam kumpulan pancaragam sekolahnya. Harapnya, bukan hangat-hangat tahi ayamlah. Lagipun all those activities makes him a man.. Cewah! Takde lah sampai begitu tapi dia makin lebih berdisiplin dan tahu menghargai masa. We get along well most of the time tapi kadang-kadang tu bergaduh lah jugak. Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi adik-beradik.

Bosan melayan cerita Melayu yang tah apa-apa. Aku masuk ke dalam bilik untuk menyambung membaca komik yang baru dibeli siang tadi. Aku memang suka membaca. Dulu aku addict to English novels tapi belakangan ni minatku dah berubah kepada komik. Ni influence Fini lah ni. Kawannya yang satu itu memang hantu komik.

Sedang dirinya leka. Handphone berbunyi menandakan mesej telah masuk.
"Hi!", one word text daripada unknown number.
Siapa pulaklah ni.. Jarinya laju membalas mesej itu, curious nak tahu siapa yang rajin sangat mengacau malam-malam cenggini.
"Tak ingat?", mesejnya dibalas.
“Bongek betul, kalau aku ingat tak kan lah aku nak tanya. Ni yang malas nak layan unknown number ni.”, gumam dirinya.
"Oi Emma, dah-dah lah kacau aku. Kau tukar number baru eh?"
"Nope. I'm not Emma. Does the name Adi rings a bell?"
“Siapa pulak Adi ni..”, desis hatinya.
"Nope. Daripada mana kau dapat number aku ni?", balasnya.
"Memang dah ada dalam my contact list."
"Menipulah tu..." gumam dirinya lagi.
"Kau siapa? Cakap betul-betul mana kau dapat number aku ni?"
"We used to text way back then."
"Tak ingat pun.."
"You don't but I do."
"Malaslah nak layan. Baik sambung baca komik jer..", katanya.

10 minutes later..
"Janganlah marah."
Aulia mengangkat kening membaca mesej yang baru dibacanya.. This guy is persistent.
"Tak marah pun.."
"Okay. Okay. Kita start baru. I'm Adi."
"Bolehlah layan. Bosan ah. Manalah tau anak raja ker kan.. Rezeki tu.." kata dirinya.
"I'm Aulia."
The start of my first relationship.

cerita bab 1


2 September 2012
Ahad, 6.30 petang.

Bunyi ketukan di pintu biliknya telah mengejutkan dia daripada tidurnya.
"What is it this time?", gumam dirinya sambil mengheret kakinya dari katil ke pintu, unlocking the door.

Elok jer dia menjegulkan kepalanya di luar pintu terus nampak wajah abah. "Esok Aulia nak bayar yuran kan.. How much? Esok pagi abah bagi duit." Meet my abah. He has a look of a police man, minus part perut buncit. One word to describe abah, strict! Sangat!

"Entah, tak check lagi. Malam nanti kakak bagitau abah."
"Kalau kerja tak last minute, memang tak sahkan."
"Alah.. Abah yang tak bayar broadband. Macam mana kakak nak check."
"Abah pulak yang kena. Dah nak maghrib ni.. Bangun. Tak elok tidur masa cenggini."
"Yes bos!"

Selesai mandi dan menunaikan solat, dia menghadap laptopnya. Menjadi rutinnya sekarang untuk stalk Facebook si dia. They seems happy. “Benda dah lepas Lia.. Lepaskan dia..”, bisik hatiku. Dia terfikir mungkinkah bukan Ifa yang  menjadi orang ketiga dalam hubungannya Haider. Mungkinkah dia yang selama ini menjadi orang ketiga dalam hubungan mereka. Absurd bukan? I mean I have been blaming her for everything tapi kesalahan diri-sendiri jarang tak pulak nak check dulu. Semut yang berada nun jauh di Korea nampak, tapi gajah yang berdiri di sebelah tak nampak pulak. Sesuka hati jer kan buat peribahasa sendiri. Sebab tulah dapat B untuk Bahasa Melayu masa SPM.

I sucked at relationship. If I could turn back time I’ll choose to wait. Menunggu pemilik tulang rusukku datang meminta tanganku untuk menjadi yang halal baginya. Sakitkah bercinta? Lu cubalah sendiri. Aku mengenal cinta tepat 13 hari sebelum aku berumur 16 tahun.
Sekadar cinta monyetkah itu?