Saturday 29 December 2012

cerita bab 51


Mataku celik apabila merasakan perutnya dicucuk dengan benda tajam. Jam di dinding menunjukkan pukul 3.40 pagi. "Oh no..", jeritku kecil sambil bergegas ke bilik air..

"Aku salah makan ker?", omelku sambil berjalan terbongkok-bongkok memeluk perutku yang tengah meragam. Baru sahaja hendak melabuhkan diriku di atas katil apabila tekakku berasa loya pulak. Nasib diriku sempat sampai ke bilik air sebelum memuntahkan segala isi perut. Akhirnya aku membuat keputusan untuk menunggu di hadapan bilik air sehingga perutku berasa lebih nyaman.

"Lia..", tegur Haz yang masih mamai.
"Erm?"
"Kau buat apa duduk depan bilik air?"
"Aku rasa aku food poi..”, aku termuntah lagi sebelum sempat menghabiskan ayatku.
Haz bergegas ke arahku dan mengusap belakangku.

"Ya Allah Lia.. Kenapa dengan kau ni?", ujar Haz sambil memapahku ke bilik.
“Aku rasa aku salah makanlah..”, jawabku lemah.
“Kau okay tak ni?”
"Takdelah terok sangat.. Chill okay. Tak yah panik."
“Muka kau pucat ni. Mananya aku tak panik. Kau duduk sini diam-diam aku tolong buatkan air.”
Haz membuatkan segelas air milo panas untuk memanaskan perutku. Baru sahaja aku meminum dua teguk air milo buatan Haz pabila perutku meragam lagi. Aku bergegas ke bilik air kembali.
"Lia! Kita pergi klinik eh esok pagi..", ucap Haz.
"Hmm", balasku sebelum termuntah sekali lagi.
Badanku lemah. Aku berusaha bangun dengan bantuan Haz..

"Lia.. Kau pegang tiang tu kuat-kuat tau..", pesan Haz kerana tiada tempat duduk yang kosong di dalam bas.
Ku merasakan kepalaku menjadi pening pabila tibanya di klinik.
"Lia!", jerit Haz kecil pabila jalanku kelihatan terhuyung-hayang.
“Aku okay. Aku okay.”, ujarku menenangkan Haz.
"Tulis dekat sini bukak pukul 8 pagi tapi sekarang dah nak pukul 9. Takkan tak bukak lagi.", bebel Haz yang kelihatan risau.
“Haz.. Jomlah duduk somewhere sementara menunggu.”, pintaku pada Haz.
“Okay. Kita pergi ke PohonMas Cafe yang dekat sana tu eh.”
Aku mengangguk kepalaku tanda setuju. Dalam keadaan ini, aku mementingkan jarak yang dekat dengan tandas. Karang aku termuntah dekat mana-mana kang susah.

Sekembalinya daripada klinik, aku terus merebahkan diri di atas katil milikku. Aku hanya mahu berehat dan tidur. Aku hanya bangun apabila Haz menyuruhku makan agar diriku boleh memakan ubat.
"Tulah kau.. Tak jaga kesihatan.", bebel Haz.
"Haah. Dah lah food poisoning. Demam pulak tu.. Nangislah lagi. Nangis lagi banyak-banyak sampai kau demam seminggu.", sampuk Farzana yang singgah ke bilik setelah mendengar khabar diriku daripada Haz.
"Hmmm.. Tak payahlah nak jadi mak nenek pulak kat sini.", balasku,
"Jangan nak melawan eh. Kumbang bukan seekor. Kesihatan kau mana nak cari?", kata Farzana lagi.
"Sesuka hati kau jer kan buat peribahasa sendiri.", jawabku.
"Janji kau faham apa yang aku nak sampaikan."

Haider.. Kami sudah kembali bersama tetapi kecewaku masih berbaki. Sukar bagiku untuk berlagak seperti tiada apa-apa yang telah berlaku setelah kejadian malam itu. Tambahan pada waktu begini, aku tidak betah melayan dirinya. Aku ada menghantar sms kepadanya sekadar untuk memberitahu keadaan diriku yang kurang sihat.

No comments:

Post a Comment