Monday 28 January 2013

cerita bab 56


6 September 2012,
Khamis, 10.13 pagi.

It has been a while sejak kali terakhir dirinya melayari akaun Tumblr miliknya.. She founds that quotes and inspiring pictures in Tumblr sangat comforting.

"Before the sky was introduced to the sea, Allah wrote down your name next to me."

"Have faith Lia.. Allah sentiasa ada untuk kau.. Putus cinta jer pun.. Bukannya pergi berperang. Nanti kau jumpa jugak pemilik tulang rusuk kau..", nasihatku pada diriku. Aku akhirnya menukar status Facebook ku kepada single. "Abah lah orang yang paling gembira kalau tengok ni.", desis hatiku. Sememangnya abah memang lebih gemar kalau anak-anaknya menumpukan perhatian kepada pelajaran terlebih dahulu sebelum melibatkan diri dengan matters of heart ni. Lagipun dah nak mula semester baru, aku patut fokus dengan pelajaranku.

"Yang ni bawak.. Yang ni tinggal. Yang ni?", tanyaku pada diriku sambil merenung couple mug ditanganku.
Setahun lebih sudah usia mug yang dibelinya di Labuan khas untuk dirinya dan Haider. Teringat semester pertama dirinya di Unimas, dia telah bergaduh kecil dengan Farzana kerana mug ini..

"Lia.. Pinjam mug..", ujar Farzana.
"Belum cuci lagilah.. Kau cucilah dulu."
"Yang ni? Bersihkan?", tanya Farzana sambil memegang couple mug miliknya.
"Yang tu kau tak boleh pinjam. Aku jer boleh guna yang tu."
"Kenapa?! Aku nak jugak pinjam mug cantik ni."
"Aku cakap tak boleh, tak bolehlah. Banyak tanya pulak."
"Aku nak jugak pinjam!"
"Kalau kau nak sangat.. Cari boyfriend lepas tu kalau kau nak buat koleksi couple mug banyak-banyak pun takpe."
"Kejam! Kau tunggulah. Aku borong semua couple mug yang aku jumpa."

Aulia tertawa kecil apabila teringatkan kembali waktu itu. "Kau duduk jer lah diam-diam dalam box ni eh. Kau cantik lagi tak sampai hati aku nak buang. Biarlah semua ini tinggal kenangan, aku patut mulakan hidup baru. Buat apa holding on to someone yang tak sayangkan kita.", kataku sambil menyimpan kemas mug tersebut ke dalam kotak. 

No comments:

Post a Comment