6 September 2012,
Khamis, 10.13 pagi.
It has been a while
sejak kali terakhir dirinya melayari akaun Tumblr miliknya.. She founds that quotes
and inspiring pictures in Tumblr sangat comforting.
"Before the sky was introduced to the sea, Allah wrote down your name next to me."
"Have faith Lia..
Allah sentiasa ada untuk kau.. Putus cinta jer pun.. Bukannya pergi berperang.
Nanti kau jumpa jugak pemilik tulang rusuk kau..", nasihatku pada diriku. Aku akhirnya menukar
status Facebook ku kepada single. "Abah lah orang
yang paling gembira kalau tengok ni.", desis hatiku. Sememangnya abah memang
lebih gemar kalau anak-anaknya menumpukan perhatian kepada pelajaran terlebih
dahulu sebelum melibatkan diri dengan matters of heart ni. Lagipun dah nak mula semester baru, aku patut fokus dengan pelajaranku.
"Yang ni bawak..
Yang ni tinggal. Yang ni?", tanyaku pada diriku sambil merenung couple mug
ditanganku.
Setahun lebih sudah usia
mug yang dibelinya di Labuan khas untuk dirinya dan Haider. Teringat semester
pertama dirinya di Unimas, dia telah bergaduh kecil dengan Farzana kerana mug ini..
"Lia.. Pinjam
mug..", ujar Farzana.
"Belum cuci
lagilah.. Kau cucilah dulu."
"Yang ni?
Bersihkan?", tanya Farzana sambil memegang couple mug miliknya.
"Yang tu kau tak
boleh pinjam. Aku jer boleh guna yang tu."
"Kenapa?! Aku nak
jugak pinjam mug cantik ni."
"Aku cakap tak
boleh, tak bolehlah. Banyak tanya pulak."
"Aku nak jugak
pinjam!"
"Kalau kau nak
sangat.. Cari boyfriend lepas tu kalau kau nak buat koleksi couple mug
banyak-banyak pun takpe."
"Kejam! Kau
tunggulah. Aku borong semua couple mug yang aku jumpa."
Aulia tertawa kecil
apabila teringatkan kembali waktu itu. "Kau duduk jer lah
diam-diam dalam box ni eh. Kau cantik lagi tak sampai hati aku nak
buang. Biarlah semua ini tinggal kenangan, aku patut mulakan hidup baru. Buat apa holding on to someone yang tak sayangkan kita.", kataku sambil menyimpan kemas mug tersebut ke dalam kotak.