Friday 28 December 2012

cerita bab 11

Kelihatan Ummi, pengetua baru sekolah kami mengangkat sebelah tangannya ke udara. Gesture itu diperkenalkan olehnya membawa maksud sila diam. Sikap tegasnya menyebabkan para pelajar berasa agak jengkel terhadapnya. Usai perhimpunan, masing-masing mengheret kaki balik ke kelas. Emma pulak melepak dengan aku, Syimah dan Umira di kelas kami.

"Hmmm.. Syimah? Apa yang kau bualkan dengan Farah tadi?", kata Emma.
"Hmm?", muka Syimah menunjukkan riak terkejut.
"Aulia, aku ada benda nak cakap dengan kau.. Aku tak sepatutnya bagitahu ni kat kau.. Kau berhak dengar sendiri daripada mulut Farah tapi..", kata Syimah sambil mengusap belakangku.
"Okay. Bunyi serius giler.", jawabku.

"Oi Emma! Cikgu Rabiah dah masuk kelas kau.", sergah Iqbal yang nampaknya lepas melepak di kelas Emma.
"Matilah aku.. Mati! Aku pergi dulu eh. Korang jangan lupa cerita dekat aku jugak tau.", pesan Emma sambil berlari-lari anak menuju ke kelasnya.

"Sebenarnya, Farah dah tersuka kat Mal..", ujar Syimah memulakan cerita.
"Okay. Mal?", jawabku tenang.
"Aku rasa its a mutual feelings. Tapi seorang pun tak berani bersemuka dengan kau cakap hal yang sebenar."
Reaksiku tenang tapi sedih sedikit. Aku rasa ditipu. Kenapa Mal masih act seperti dirinya masih interested kepada diriku, jika dirinya menyukai Farah. Kenapa Farah tak nyatakan hal yang sebenar kepadaku. Farah, aku memang rapat dengannya. Aku tak salahkan Mal untuk berhenti menyukaiku kerana aku tahu usahanya sia-sia. Aku terkilan. Farah tipu aku out of all people. She's supposed to be my bestfriend.

Some people forgive and forget. Some people forgive but don't forget. Hatiku sakit. Sakit bila ditipu oleh orang yang penting bagiku. Aku maafkan Farah tapi aku masih marahkan dirinya sebab menipu aku. Sebab itu aku ambil keputusan untuk cut her out from my life. Aku tak nak jadi seorang yang hipokrit, di depan lain, di belakang lain. Marahku masih berbaki dan aku tak boleh bergaul dengan orang yang aku tak percaya. Bukan sekarang. Trust is a fragile thing.

No comments:

Post a Comment