Friday 28 December 2012

cerita bab 27


Beberapa minggu yang lepas, Afifah telah memindahkan dirinya masuk ke dalam bilik kami secara haram. Untunglah roommatesku tidak banyak ambil pusing. Sememangnya masih ada satu lagi katil kosong di bilik kami. Aku sudah membiasakan diri dengan kehidupan di sini. Tidur yang tak akan pernah cukup, anjing-anjing ganas yang selalu berkeliaran di blok sebelah, bekalan air yang kerap habis dan kerja yang melambak-lambak. Adi sekarang selalu menghilang. Hubunganku dengannya mulai renggang.Mungkinkah ini perasaanku sahaja? Aku cuba sentiasa berfikiran positif.

Sekarang kami tengah cuti, jadi aku dan Afifah ambil keputusan untuk balik ke rumah.
Malangnya flight kami tak sama.
"Kau okay ker fly sorang ni?", tanya Afifah.
"Insha'Allah takde apa-apa. Kau janganlah risau sangat."
"Macam mana pulak tak risau. Kau kan first time naik flight sorang-sorang", bebel Afifah berterusan.
Bebelannya terhenti apabila pintu masuk kepada para penumpang dibuka oleh pekerja-pekerja MAS.
"Kau jaga diri baik-baik tau..", pesan Afifah sebelum berlalu masuk.
“Ya.. Kau jaga diri jugak.”

Flight aku membuat transit sebentar di KK.
"Orang lain dah dapat beg.. Beg aku mana?", gumamku.
Nampaknya hanya aku yang masih tidak menemui luggageku. Aku memang cemerkap!
"Matilah aku kalau abah dapat tau", omelku sambil mengusap air mataku yang hampir jatuh.
Aku membuat laporan kehilangan begku di pejabat MAS. Kemudian aku menelefon abah untuk memberitahunya akan kehilangan beg ku. Setelah membebel sehingga telingaku panas, abah mengakhiri panggilan telefon.

"Abah!", jeritku daripada kejauhan.
"Hah! Nah ni beg Aulia. Abah ambil daripada pejabat kat sini."
"Kenapa beg Aulia sampai dahulu daripada Aulia?"
"Aulia kan check in luggage Aulia terus ke sini. Nasib baik abah takde heart attack tau!"
Aku hanya mampu tersengih apabila dimarahi oleh abah.

Cuti semingguku hampir tamat.Khabar Adi satu pun tidak kedengaran. Harapanku untuk berjumpa dengannya setelah 2 bulan berjauhan punah. What is there to end? Inilah yang aku bear in mind setelah berputus asa untuk reaching out to Adi.. Sekembalinya aku di Labuan aku bertekad untuk move on. What's there to hold on to kan? Who knows I'm destined to meet someone else kat sini tapi aku tak nampak sebab hati aku masih pada Adi.

No comments:

Post a Comment