Friday 28 December 2012

cerita bab 43


Pada lusanya, aku dan Afifah berkunjung ke UK untuk membeli ole-ole dari Labuan untuk dibawa pulang.
"Fah! Couple mug ni comel giler!"
"Belilah.. Jangan kau terpecahkan jer nanti."
Aku membalas kata-kata Afifah dengan cebikan.
"Alamak! Syah sedang menuju ke arah ni. Lari Fah.. Karang spoil jer suprise aku..", kataku sambil mengheret Afifah berdiri jauh daripada rak di mana terletaknya mug tu tadi.

"Hah! Beli apa tu?", tanya Syah.
"Chocolate. Kau?", jawabku.
"Aku saja jer datang sini tegur korang. Dan aku nak cakap kat Lia, kalau kau beli mug tu hati-hati karang pecah pulak.", kata Syah sambil berlalu pergi.
"Ala.. Kantoi! Harap-harap Syah tak bagi tau Haider.", omelku.


25 April 2011,
Isnin, 11.00 pagi.

"Kakak!", jerit Danish.
"Ya?"
"Ada phone call daripada UTM!"
"Siapa? Tak dengarlah!"
"UTM! Tak nak jawab ker?"
"Hah?! Bak sini cepat!", kataku.

"Cik Aulia ker yang bercakap?"
"Ya saya.."
"Saya daripada UTM, nak bagi tau cik yang cik layak untuk menghadiri temuduga untuk kursus architecture UTM. Jadi saya nak pastikan yang cik dapat menghadirkan diri untuk sesi temuduga tu nanti."
"Okay.."
"Cik tolong check email cik dan respond to that email secepat yang mungkin."
"Okay.."
"Okay. Selamat petang."
"Okay. Selamat petang. Thank you.."
"Sama-sama."
"OMG! OMG! Aku layak! Tulah Lia, lama giler kau tak check email kau.. Nasib dia call.", desis hatiku.

Sejurus itu juga, aku login to akaun emel milikku dan member respond kepada emel yang telah dihantar oleh pihak UTM.

No comments:

Post a Comment