Friday 28 December 2012

cerita bab 31


Masa memang berlalu dengan pantas. Merasa jugak aku berpuasa di tempat orang. Aku sudah pun berada di rumah sejak malam semalam. Esok hari dah nak Raya. Rumah pun sudah siap dikemas, hanya tinggal hendak menyalin sarung kusyen sofa jer lagi. Bau semerbak rending menusuk hidungnya. “Mak ai.. Lapar pulak aku bila tercium bau rending ni.”, desisku. Dia pun menjengah dapur rumahnya..

“Ma..”, ujarku manja.
“Erm?”, jawab mama.
“Lama lagi ker rending nak siap?”
“Laparlah tu.. Takkan tengah-tengah malam ni nak melantak. Karang esok pagi baju raya tak muat.”
“Alah mama ni.. Dah tu bau rending tu menusuk hidung hingga ke kalbu lah ma.”
“Memandai jer kan sampai menusuk kalbu segala bagai.”
“Alah ma...”, rengeknya lagi.
“Daripada jadi tunggul kayu dekat dapur ni, baik Lia pergi tukar sarung kusyen sofa dekat luar. Lepas tu bolehlah tolong mama dekat dapur ni sambil menunggu rending siap.”
“Okay. Mama simpan sarung tu kat mana?”
“Cuba Lia check almari lama yang dekat atas tu.”
“Yang dekat bilik Daneil tu ker?”
“Haah.”
“Okay.”, akhirnya aku akur dengan perintah mama.
Sedang diriku leka humming along to lagu raya yang dimainkan oleh radio sambil memasang sarung kusyen sofa, terdengar handphone milikku yang terletak di atas meja berbunyi menandakan mesej masuk. Aku berlari-lari anak untuk mendapatkan handphoneku. Jam handphoneku menunjukkan angka 1.43 pagi. “Ucapan selamat hari raya lah ni.”, desisku. Aku pun menekan keypad handphoneku untuk membaca mesej tersebut.

“Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin J – Haider.”
Haider rupanya.. Selepas attempt dia dan Haider to be more than friends tempoh hari yang tidak berjaya, dia sort of lost contact dengan Haider. Okay, itu tipu. Kalau nak, boleh jer bertegur-sapa through Facebook or casual texts. Tapi entahlah.. Last time aku check, Haider sudah pun bersama dengan perempuan lain seperti mana dia dan Adi kembali bersama. Sekarang tak tau pulaklah apa khabar apek seorang ni.

“Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin jugak!’, balasku.
“Aku dah maafkan kau lama.”
“Hamboi! Bunyi macam banyak jer salah aku kat kau..”
“Memang kau tu jer yang tak sedar.”
“Ewah! Ewah! Lepas minta maaf kau mengata aku pulak.”
“Raya kan sebulan, lepas aku mengata aku minta maaf lepas tu aku buat balik.”
“Buatlah lagi, aku tak maafkan kau baru kau tau..”
“Eh! Bulan mulia macam ni tak boleh marah-marah selalu kau tau tak..”
“Kau tu yang annoying giler!”
“Dah tu memang habi aku menyakat kau..”
Kami pun saling berbalas mesej sehinggalah mama memanggil aku untuk membantunya di dapur. Sebelum pamit, aku berpesan kepada Haider supaya agar datang menziarahi rumahku pada tahun ni.

No comments:

Post a Comment