Friday 28 December 2012

cerita bab 17


Lagu Papa Jahat nyanyian The Fabulous Cat sedang bermain di radio. Aku biarkan sahaja. Sememangnya aku suka mengusik abah.

"Aulia..", kata abah setelah lagu itu tamat.
"Erm?", jawabku yang tengah ralit melihat hujan di luar tingkap.
"Dah decide lepas ni nak sambung study dekat mana?"
"Aulia ingat nak tunggu keputusan UPU keluar dulu."
"Nenek berat hati nak bagi Aulia study jauh dekat tempat orang."
"Tahu.."
"Aulia bukan ada apply form 6 ker?"
"Ada.. Abah nak suruh Aulia masuk form 6 ker?"
"Elok jugak. Dekat pulak dengan rumah. Aulia okay ker kalau masuk form 6?"
"Okay kot.."

Yang terluah bukanlah hasrat hatinya.. Dia ingin merasa duduk di tempat orang.Menjadi seorang yang independent dan merasa bebasnya hidup sendiri. Tapi.. Siapalah dia nak menidakkan keputusan abah. Karang free-free kena cop sebagai anak derhaka.

No comments:

Post a Comment