Friday 28 December 2012

cerita bab 35


14 Disember 2010,
Selasa, 12.00 tengah malam.

"Hello!", kedengaran suara Haider di hujung talian.
"Hello..", jawabku dalam keadaan mamai.
"Happy Birthday! Lama I berjaga sebab nak wish you tau.."
"Thank you.. Kesian berjaga lama."
"You dah tidur eh?"
"Haah. Sorry.. Sebab tu I tak reply texts you tadi."
"Your birthday tak kan tidur awal.."
"I letih sangat tu lah tertidur. Your call definitely wake me up."
"I call sebab nak ucap tu jer.. You sambung balik tidur."
"You pergilah tidur jugak."
"Nak tidurlah ni. Take care."
"You too.. Thank you. Assalamualaikum."
"Your welcome. Waalaikummusalam."

“Eh mak cik!”, kedengaran suara milik tubuh yang diselubungi selimut yang sedang baring di atas katil berhadapan dengan katil milikku.
“Ya?”, jawabku.
“Happy birthday..”
“Thank you.. Kau tak tidur lagi ker?”
“Tak.. Aku tunggu midnight nak wish kau.. Tapi kau dah nyenyak tidur. Pastu aku dengar kau on the phone tadi.”
“Thank you Fah..”
“Your welcome.”

Terpampang 5 unread messages pada skrin handphoneku. Kelihatan nama mama, mak ngah, Fini, Fida, Syimah. Aku gagahkan juga mataku untuk membalas sms mereka sambil menahan kantuk yang tidak tertahan.  Malam itu aku tidur lena. It's nice having people that care a lot about you around. Terima kasih Allah, kerana kau telah berikanku kesempatan untuk masih berpijak di atas bumi milikmu ini selama 18 tahun. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment