Friday 28 December 2012

cerita bab 22


Celik matanya apabila mendengar ketukan yang kuat di pintu bilik.
"Elsey! Bangun kau.. Pukul 4 sudah. Ramai sudah di bilik air.. Habis air baru kau tau.. Jangan kau bilang aku teda bangunkan kau ah nanti.", jerit Kristin daripada luar bilik.
Krisitn, memang seorang yang loud. Itulah kesimpulanku walaupun baru dua hari berada di sini.

"Kristin..", panggilku sambil menyelak tirai dan membuka tingkap.
'"Ui naa.. Terkejut aku!"
"Bangun sudah ni."
"Kau yang bangun bukan si Elsey. Kau tau si Elsey tu tidur mati."

Aku bangun dan membuka pintu untuk membiarkan si Kristin masuk untuk mengejutkan Elsey. Aku kembali baring di katilku. Kelihatan ada 3 unread messages.
"Busylah orang tu. Baru nak text I. Risau tau.."
"Rindu :'-("
"Letih sangat ker? Goodnight!"

Adi.. Membuatku tersenyum dalam keletihan.
"Hah! Jangan kau tidur balik Aulia..", sergah Kristin yang hendak berlalu kembali ke biliknya.
"Bye Kristin..", jawabku dalam suara serak kerana baru bangun daripada tidur.
Selepasku membalas sms Adi, diriku terus bangun menuju ke bilik air..

Aku menghantar sms kepada Afifah untuk mengatakan aku sudah bersiap. Jam menunjukkan pukul 4.40 pagi. Waktu di Labuan adalah sangat cepat. Mesejku tidak dibalas Afifah. Aku pun menuju ke biliknya.

"Hai..", ujarku kepada roommates Afifah.
"Hai.."
"Afifah dah bangun?"
"Dah.."
Refleks spontan aku untuk terus masuk dan duduk menunggu di katil Afifah. Senyap. Bilik Afifah memang senyap kalau nak dibandingkan dengan bilikku. Kekok ku rasakan.

"Hoi!", kataku pada Afifah yang sudah berbaju kurung.
"Sorry.. Sorry.. Tadi bangun lambat."
"Senyap gilerlah bilik kau..", bisik aku kepada Afifah.
Afifah menunjukkan signal agar aku diam.

Apabila kami sudah berada di luar barulah Afifah membuka mulut.
"Memang roommates aku pendiam kalau nak compare dengan roommates kau.”
“Sebab tu lah kau selalu mengundang diri kau melepak di bilik aku kan..”
“Tak selesalah kalau dah senyap sangat.”
“Both Chinese eh roommates kau?”
“Yang seorang tu Chinese, yang lagi seorang tu Sino."
Sino yang bermaksud campuran di antara Chinese dan Bumiputera Sabah.
"Owh.. Takpe.. Lain kali kalau kau rasa nak buat bising kau datang jer bilik aku..”
“Elsey dengan Bedah tak kisah ker?”
“Diorang okay jer.. Kristin tu keluar masuk bilik kami macam bilik dia gak.. Biasa dah..”
"Terima kasihlah Lia sebab memahami.”
“Skema giler ayat!”
“Aku maksudkan apa yang aku cakap ni tau!”
“Ya.. Ya..”


Setiap kali solat Subuh, Maghrib dan Isyak, kami dikehendaki untuk berkumpul di surau.
Kali ni aku dan Afifah mengenakan telekung terus sebelum ke sini. Ya Allah, kuliah Subuh memang mengantukkan.

"Fah.. Duduk tepi dinding jom..Ngantuk dowh. Nak-nak jer aku baring kat sini.", kataku.
"Jom.."
Bukan kami jer yang rebah.. Ramai lagi rupanya. Nasib kami solat di tingkat atas, taklah sesak sangat.

Aku terkejut daripada tidurku. Ya Allah.. Meleleh-leleh air liur. Aku mengusap menggunakan belakang tanganku dengan harapan tiada seorang pun yang perasan. Aku menggoncang badan Afifah. Jam menunjukkan hampir jam 7 pagi. Kami harus berkumpul di tempat letak kereta Kolej Kediaman D pukul 7.30 nanti.

"Kau bawak semua benda ker?", tanya Afifah kepadaku semasa kami dalam perjalanan ke Kolej Kediaman D.
"Haah! Memang malam tadi mereka pesan bawak semua kan?"
Aku dan Afifah duduk dalam barisan yang sama. Tak nak berpisah. Boleh hilang dalam lautan manusia yang ramai macam ni.

No comments:

Post a Comment