Saturday 29 December 2012

cerita bab 49


17 September 2011,
11.29 pagi

"You.. I dah sampai ni."
"I'm on my way.", balasku.
Rindu.. Sememangnya dia rindu akan Haider. Kali terakhir mereka bersua adalah pada hari Haider berkunjung ke rumahnya untuk beraya.

Aku tersenyum lebar apabila melihat Haider dari kejauhan.
"Hai..", kataku.
"Hai.."
"Cantik baju you.."
"Girlfriend I yang bagi."
"Bagus betul taste girlfriend you.."
"Tulah.. Sampai kakak I pun puji."
"Serius? Kakak you cakap apa?"
"Dia cakap baju I cantik.. Mana beli.. I tipu jer bagi tau baju lama tapi baru pakai. Karang kontroversi dekat rumah kalau I cakap you yang bagi."
"You tak payahlah nak perasan sangat. You bukannya Aaron Aziz kontroversi sampai Melodi nak kejar."
"Kalau rupa I macam Aaron Aziz, nanti you jugak yang makan hati."
"Nasib baiklah tak kan?
Haider membalas kata-kataku dengan jelingan tajam sebagai tanda tak puas hati.

Dia sampai di rumah tepat jam 6.00 petang. Haider telah berjanji untuk menemani ibunya ke majlis ramah-tamah anjuran pihak pengurusan pejabat ibunya.

"You.. I dah sampai rumah."
"I pun baru jer.."
"You kemas jer lah tu. Tak payah handsome sangat tau.."
"Nanti I pakai selekeh-selekeh jer lah.."
"I gurau jer lah.. Behave yourself. Take care. Have fun :-)"
"I tau.. Will do!"

Jarum jam menunjukkan hampir ke angka 11 apabila handphoneku berbunyi menandakan sms datang daripada Haider.
"I baru sampai rumah."
"Best ker tadi?"
"Enjoylah jugak."
"Owh.."
"You.. I ada benda nak cakap."
"Yes?"
"I jumpa Ifa tadi.."
"Owh.. Dia sihat?"
"Sihat jer lagaknya."
"Bila dia fly?"
"I lupa pulak tanya."
"You okay?"
"Kalau I cakap I tak tau?"

Dia tak pernah menyangka ayat itu boleh merobek hatinya kasar. Dia tahu sememangnya Ifa masih bertakhta di hati Haider. Kalau Haider sendiri tidak menidakkannya, siapalah dia untuk menidakkannya jua.. "At least dia jujur.", desis hatiku sekadar untuk menyenangkan hatiku.

"You?"
"You okay?"
"I think I still have feelings for her.."
"You.. I tak minta pun benda ni terjadi."
Sms-sms Haider hanya ditatap tanpa balasan. Dia berharap Haider tidak akan membincangkan perkara ini dan apabila dia bangun esok, semua ini hanyalah mimpi buruknya. Dia kecewa. Siang tadi hati Haider masih untuknya. Kemunculan Ifa yang hanya sebentar itu meragut kebahagiaannya sekelip mata.

"You baliklah dekat Ifa.. I tau seberapa kuat pun I cuba, I memang akan kalah.", akhirnya itu yang dibalasnya.
"You.. I need you to fight for us."
"There's nothing left to fight for.. Perasaan memang tak boleh dipaksa. This is not the first time you buat I macam ni. You baliklah dekat dia sebelum I tukar fikiran."

Selepas itu, tiada lagi balasan sms daripada Haider yang diterimanya. Malam itu, dia menangis lagi ditemani bait-bait lagu California King Bed.

No comments:

Post a Comment