Thursday 27 December 2012

cerita bab 8

10 April 2009,
Jumaat, 8.45 malam.


Getaran handphone yang dalam mode senyap menganggu tumpuanku yang sedang khusyuk mendengar celoteh guru tuitionku di hadapan. 
"Your tuition class habis jam berapa?" 
"Waalaikummussalam. I sihat. You sihat?", balasku dengan susah payah agar tidak disedari oleh cikguku.
"Ouch! Sihat, alhamdulillah." 
"Dalam 45 minit lagi. Kenapa?"
"I dekat Guardian area ni sekarang beli barang. Kalau I drop by kejap to see you bolehkan?"
"Takpe ke tunggu lama?" 
"I'll take my time dekat sini."
"See you in a bit.."

Terasa bahuku diketuk menggunakan pensel. 
"Apa kau nak?", tanyaku pada Fadhli. 
"Sibuk main sms.. Buah hati eh?", ujar Fadhli. 
"Sibuk!" 
"Aku tak pernah lagi jumpa buah hati kau Lia.."
“Yang kau sibuk nak jumpa dia buat apa?”
“Aku nak gak lah tau taste kau macam mana.”
"Busybody lah kau.. Tak yah lah nak sibuk hal aku.. Kau jaga jer hal kau." 
"Psst! Haider! Kau tau tak macam mana rupa buah hati si Aulia?”, ujar Fadhli kepada Haider. 
"Eh! Lia ada buah hati ker?", kata Haider pulak. 
"Sibuk ah korang!"
Tumpuanku tidak lagi kepada cikgu yang berada dihadapan. Bukan kerana usikan Fadhli dan Haider yang masih cuba mengorek perihal Adi tetapi sekumpulan butterflies yang entah bila bersarang di dalam perutku.

"Lama tunggu?", tanyaku. 
"Dalam 10 minitlah."
"Lepas ni nak gi mana?" 
"Balik. Singgah kejap nak tengok buah hati. Rezeki I lah malam ni dapat tengok orang tu pakai baju kurung." "Ada-ada jer kan.."
“Jom I hantar you balik.”
“Rumah I walking distance jer kot.. Tak payahlah.”
“Sure?”
“Hmm..”
"Kalau macam tu, I tunggu sini sampai I tengok you dah masuk rumah."
"Okay! Sampai rumah text me." 
"Baiklah tuan puteri. Take care! Assalamualaikum." 
"Waalaikummussalam.", jawabku sebelum berlalu pergi.


Kalaulah masa boleh diputar kembali. Kalaulah percakapan boleh ditarik balik. Kalau.. Malangnya semua ini bukan dalam bidang kuasa kita sebagai manusia.

No comments:

Post a Comment