Friday 28 December 2012

cerita bab 36


15 Januari 2011,
Sabtu, 10.00 pagi.

"Fah.. Kau kena jugak temankan aku.", kataku pada Afifah.
"Temankan kau pergi mana?"
"Jumpa Haider.."
"Apesal pulak aku nak jadi third wheel."
"Dia ajak geng-geng dia lah.."
"Please Fah.. I'll pick you up nanti eh?"
"You owe me."
Entah cuti apa sekarang tapi yang aku tahu cuti. Aku sememangnya akan balik ke rumah apabila cuti. Nurul cakap sebab aku anak manja. Tak kisahlah, janji aku tak stuck in Labuan doing nothing for days.

Aku, Haider, Afifah dan Syah, iaitu kawan Haider yang juga merupakan rakan kami di KML decide untuk have our lunch dekat McD.
"You nak makan apa?",tanya Haider padaku.
"Spicy McChicken."
"Spicy McChicken satu. Tukar air dia dengan hot milo eh."
"Kenapa you tukarkan air?"
"Sebab you batuk. Karang sore throat makin menjadi pulak."
"Owh.. Nah.. My part.", kataku sambil menghulurkan duit untuk membayar makananku.
"Eh! Tak payah. Simpan."
"Kenapa pulak tak payah?"
"Banyak soal.. Simpan", kata Haider sambil membesarkan matanya.
"I tak biasa orang tolong bayarkan makanan I"
"You should get used to it from now on."
Jawapan Haider membuatku tersenyum.

"Yang ni mesti girlfriend Haider kan. Don't call me Awang.", ucap rakan Haider.
"Boleh jer panggil dia Awang.", kata Haider.
"Yang tu girlfriend Syah kan?", katanya sambil menunjuk pada Afifah.
"Eh! Taklah..", protes Afifah.
"Korang kembar eh?", kata rakannya yang lain pulak.
"Taklah.", kataku.
One word, kecoh! Sedangkan kami berenam jer pun..

"Lia.. Cuba kau senyum.", ujar Afifah.
"Apesal?"
"Sebab sekarang Haider punya turn."
"Jadi? Kalau aku senyum dia boleh strike ker?"
"Kau anggap jer kau lucky charm dia.."
Aku pun senyum untuk memuaskan hati Afifah. Snap!
"Fah!"
"Pandai aku ambil gambar."
Our first picture together. Sort of lah.. Kelihatan diriku yang tersenyum dengan belatarkan Haider yang tengah memegang bola boling. Kami menghabiskan masa bermain boling sementara menunggu wayang yang akan bermula agak lewat.
"Kau simpan ni, print, lepas tu frame kan..", kata Afifah sambil ketawa.
"Ha ha ha.", jawabku jengkel.

"Huwargh!", jerit Syah.
"Syah penakut rupanya kan?", kataku pada Afifah.
"Lucu!"
"Korang ketawakan siapa?", tanya Haider.
"Syah!", jawabku.
“Memang pun.. Dah tu dia jugak yang beria-ria nak tengok cerita Khurafat ni.”, kata Haider.
"Pstttt! Lia.. Fah.. Korang jangan bagi tau orang tau aku takut tengok cerita hantu."
"Syah.. Syah..", kataku sambil menggeleng kepala.

No comments:

Post a Comment