Tuesday 4 December 2012

cerita bab 3


13 Februari 2009,
Jumaat, 10.30 tengah hari.

"Oi! Ustazah suruh pergi surau, korang nak gi mana?",  laung Hadi.
"Melencong ke kantin, jap gi kami surau. Kau pergilah dulu. Sibuk jer..", jawab si Syimah.
"Dah alang-alang korang ke sana. Tolong belikan air untuk aku sekali eh."
"Duit kau bak sini.", jawabku.
"Alah.. Belanjalah aku.."
"Citt! Kau ingat muka kami ni cop duit ke?", jawabku lagi.
"Adalah jugak."
"Cepatlah.. Karang mengamuk ustazah tu..", bunyi Umira yang sejak tadi diam memanjang.

Aku, Syimah dan Umira mulai rapat daripada last year sebab pertukaran kelas. Geng masing-masing berterabur sana-sini setelah pertukaran kelas. Si Izam menggelar kami pakej. Kalau korang jumpa aku, mesti Syimah dan Umira ada sekali. Kalau korang jumpa mereka, mesti aku ada sekali. Kami serupa daripada segi fizikal dan tergolong dalam spesies perempuan yang agak tinggi. Ketiga-tiga kami berketinggian melebihi 160 cm.. Berat? Syimah paling berat kot. Alah tak berat mana pun.. 50kg jer.. Si Umira ni pulak anti dengan perkataan gemuk. Dia selalu cakap kalau si Syimah tu gemuk, dirinya pulak anoreksia. Aku? Makan banyak tapi gemuk sikit pun tak..

Kelas Pendidikan Islam yang dikendalikan di surau tamat lebih awal daripada yang dijangka.
Sebab kemalasan yang teramat, kami ambil keputusan melepak jer dalam surau sambil menunggu masa balik.

"Esok Valentine's Day kan?", tanya Amirul.
"Haah. Kenapa?", jawabku.
"Tak celebrate?"
"Taklah. Aku tak sambut Valentine's Day.. Lagipun mana ada boyfriend."
"Citt! Jangan nak menipu dalam surau ah. Yang hari-hari hantar mesej tu? Yang tiap-tiap malam bergayut tu?", sindir Umira.
"Tu kawan jer lah.."
"Kawanlah sangat..", sindir Syimah pulak kali ni.
“Serius..”, jawabku.
“Dalam diam eh Lia..”, sindir Amirul.
“Mana ada!”, bentakku.
“Kita tunggu dan lihat jer progress si Lia ni..”, jawab Syimah lagi.
“Korang ni sibuk jer! Ni, tak nak balik ker? Dah pukul 11.30 ni.”, kataku sambil menggalas begku ke bahu.
“Ya ker? Jom balik. Nanti kita sambung perbualan tentang kisah cinta si Lia ni pada hari Isnin minggu depan.”, ujar Umira.
“Sibuk betul!”, balasku yang disambut oleh ketawa Umira, Syimah dan Amirul.

No comments:

Post a Comment