Friday 28 December 2012

cerita bab 23


"Sekian terima kasih."
Ayat itu mengejutkan aku daripada tidurku.
"Oi! Dah eh?", bisikku kepada Afifah.
"Dah.. Lepas Asar pergi turun padang lagi untuk aktiviti riadah."
"Owh.."
"Sedap benar rupa kau tidur.."
"Memang.."
"Kau tau.. Kepala kau dah macam tsunami. Jangan kata kat bahu aku jer yang kau sandar. Bahu budak sebelah. Belakang budak depan. Memang ribut taufan lah!"
"Serius?!", terbuntang mataku mendengar cerita Afifah.
"Haah! Lucu dowh! Kau doa jer takde yang snap gambar kau.."
"Adoi! Malu! Mana aku nak letak muka aku!", jeritku kecil.
"Tulah kau.. Lain kali tu control lah sikit mata kau!"
Sejak hari itu, aku memang cuba dengan sedaya-upaya menahan diriku daripada tertidur lagi semasa taklimat. Aku distracts diriku dengan berbalas sms dengan Adi..

Program riadah petang adalah aktiviti yang buat aku cuak sekali. Sebab apa? Sebab penyelaras-penyelaras programnya garang!
"Cepatlah!", jerit seorang daripada penyelaras program.
Aku dan pelajar-pelajar yang lain berlari-lari anak ke padang.
"Cepat! Ya Allah korang ni. Terkedek-kedek. Kalau muka cantik tak ape lah jugak!", katanya lagi.
Aku yang sudah mengambil tempatku membuat muka he-did-not-just-said-that dekat Afifah.
"G O R I L L A", eja Afifah satu -persatu.
Respond Afifah membuatku tertawa. Sememangnya aktiviti-aktiviti riadah sedikit pun tak menarik minatku. It's like heaven on earth tiap kali tamatnya program ni.

Malam itu, taklimat di dewan berjalan seperti biasa. Tiba-tiba, keadaan di barisan depan kecoh.
"Apesal dowh?", tanyaku pada Afifah.
"Entah!"
Kelihatan fasilitator-fasilitator membawa seorang budak perempuan keluar daripada dewan.
Aku dan Afifah berbalas pandangan.
"Kau rasa.."
"Kau diam! Aku tak nak fikir yang bukan-bukan.", celah Afifah.
Kami ditenangkan oleh fasilitator-fasilitator yang bertugas. Namun keadaan kembali kecoh apabila terdengar tendangan yang kuat daripada luar dewan. Tidak lama selepas itu kami disuruh kembali ke bilik masing-masing awal daripada biasa.

Usai aku menyegarkan diriku, aku menghantar mesej kepada Adi.
"Hai! Awal you habis hari ni?", balasnya dengan nada ceria.
"Something unexpectedly jadi tadi kat dewan."
"Apa?"
"Ada orang kena tuttttt oleh "orang""
"Eh? You okay?"
"Okay.. Terkejutlah sikit sebab baru first time kan tengok dengan mata kepala sendiri."
"Before tidur baca ayat Kursi eh.."
"Insha'Allah."
Kami berbalas mesej sehingga jam menunjukkan 1 pagi. Akhirnya aku pamit dahulu akibat kantuk yang tidak tertahan.

No comments:

Post a Comment