Friday 28 December 2012

cerita bab 20


"Para pelajar sila berkumpul di sini. Ibu bapa boleh menunggu di ruang yang disediakan.", ucap seorang fasilitator. Aku dan pelajar-pelajar yang lain mengikut langkah fasilitator ini daripada belakang. Kami dibawa ke sebuah dewan. Perkara yang mula-mula sekali diperiksa adalah kebersihan diri.

"Rambut?", ujar seorang wanita kepadaku.
"Pass.", kata dirinya.
"Kuku?"
Aku mengangkat kedua-dua belah tanganku agar dia boleh melihat kuku ku.
"Panjanglah dik.. Sila pergi meja di sana dan potong kuku adik. Lepas tu datang jumpa saya lagi.", ucapnya padaku.
"Mana ada panjang!", omelku perlahan sambil menuju ke meja yang ditunjukkan tadi.

Setelah berpuas hati dengan kuku milikku, aku kembali berjumpanya lagi untuk pengesahan.
"Okay! Sekarang adik pergi ke sana untuk pengesahan dokumen."
Sudahku susun segala dokumenku tadi lagi untuk memudahkan mereka. Selepas berpuas hati dengan dokumenku. Mereka menyuruh aku pergi ke perpustakaan untuk urusan lain.

Masuk sahaja ke dalam perpustakaan, fasilitator yang berada di situ meminta borang yang bertajuk Kad Matriks daripadaku. Setelah dihulur, dia menyuruhku menunggu giliran untuk mengambil gambar. Selesai sahaja diambil gambar, kad matriks yang menjadi identitiku sebagai pelajar Kolej Matrikulasi Labuan siap on the spot. "Maju!", bisikku dalam hati.

Usai itu, kami diminta untuk mengambil peralatan-peralatan seperti kot makmal di tingkat atas.
"Sila isi borang ini untuk memudahkan kami mengambil pakej yang betul untuk kamu.", ujar fasilitator yang lain pula.
Aku memberi borang yang siapku isi kembali kepadanya.
"Adik ni tinggi. Takut pulak kalau saya bagi saiz M pendek pulak jadinya. Ni saiz XL.", kata fasilitator tersebut kepadaku.
"XL! XL! Debab sangat ke aku.. Mak ai..", jeritku di dalam hati.
Walaupun pada dasarnya, aku hanya tersenyum mengangguk..

Usai semuanya, aku kembali kepada keluargaku.
"Semua pelajar yang sudah mendaftar sila naik bas ni. Sekarang kamu akan dibawa untuk mendaftar kolej kediaman pula.", ujar fasilitator yang bertugas.
Aku sampai di kolej kediamanku. Nampaknya roommates ku sudah mendaftar. Elsey dan Zabidah. Keduanya-duanya berasal dari Sabah. "Ni tempat orang, mind your manners.", ingatku kepada diriku.

"Hello?", kataku sambil melangkah masuk ke dalam bilik.
"Hi!", jawab Elsey.
Aku mengenalinya kerana aku dah melihat gambarnya sewaktu mendaftar tadi.
“Ramah orangnya.”,bisikku di dalam hati.
Kami berbual-bual sambil aku mengemaskan katilku. Usai itu, nenek dan mak ngah menyuruh aku menyegarkan diri dan membiarkan mereka sahaja yang menyambung kerjaku.

Selain aku, terdapat seorang perempuan yang sedang menunggu giliran untuk menggunakan bilik air.
"Hi!", ujarnya.
"Hi!", balasku.
"Saya Iziani. Bilik hujung sana."
"Aulia. Bilik tepi ni."
Kami beramah-mesra sehinggalah tiba giliran kami untuk menggunakan bilik air..

Usai aku berkemas, handphone ku berbunyi menandakan mesej masuk.
"Kau dah register?", tanya Afifafh.
"Dah.. Baru jer lepas mandi. Kau kat mana?"
"On the way dah ni.. Aku dah register pagi tadi lepas tu aku pergi berfoya-foya di luar dengan parentsku."
"Kau duduk kolej mana?"
"Kolej Kediaman C, tingkat tiga."
"Sama!"
"Yes! Nanti jumpa eh."
"Aku nak turun ni. Family aku dah nak balik."
"Aku jumpa kau kat bawahlah kalau macam tu."

Selepas berbakul-bakul nasihat yang diberi oleh nenek, mak ngah dan pak udak mereka pun pulang. Haruslah drama air mata. Maklumlah first time duduk sendiri-sendiri. Jauh pulak tu. Pengumuman supaya pelajar-pelajar Muslim berkumpul di surau tepat jam 6 petang membuat aku dan Afifah tergesa-gesa balik ke bilik. Rupa-rupanya bilik Afifah di wing kiri kolej manakala aku pulak di wing kanan kolej. Okaylah tu, ada jugak teman aku nanti.

No comments:

Post a Comment