Friday 28 December 2012

cerita bab 47


Beep! Beep!
"Lia! Kau kat mana?", tanya Haz.
"Dah depan kolej kediaman dah ni. Kau cepat sikit boleh tak?"
"On the way lah ni."
"Giler lambat. Kau berjalan ker merangkak?"
"Mengensot.. Janganlah marah. Aku nampak dah kau dari sini."
“Cepatlah sikit!’
“Ya.. Ya..”

Hari ini merupakan hari pendaftaran pelajar-pelajar degree ke universiti yang diterima masing-masing. Dia menerima tawaran daripada Universiti Malaysia Sarawak. Mungkin bukan rezekinya untuk meneruskan pelajaran ke UTM. Dia yakin Allah mempunyai rancangan yang tersendiri untuknya. Dia dan Haz telah berjanji untuk mendaftar bersama-sama supaya mudah untuk meminta agar mereka menjadi roommate.

“Alhamdulillah.. Akhirnya.”, kataku sambil merebahkan badanku ke atas katil milikku.
“Kuruslah aku kalau macam ni Lia.. Semput tau nak naik tangga sampai tingkat 3!”, ujar Haz.
“Dah nasib badan Haz oi. At least dia benarkan kita duduk sebilik.”
“Tapi..”
“Bersyukurlah apa adanya Haz.. Kau anggap jer lah semua ni exercise. Bolehlah kau kuruskan paha kau tu sikit.”
“Hamboi! Kau punya perut ada berapa banyak lipat?”
“Kita serupa okay. Aku pun tak tau apa yang aku dah makan sampai badan aku naik mendadak cenggini.”
“Hari-hari makan ayat cinta. Tu lah kau jadi kembang macam tu.”
“Ewah! Ewah!”, balasku sambil melemparkan bantal ke arah Haz..
“Hadoi!”
“Tulah kau.. Tak sayang mulut. Aku letih giler dah ni. Tak kuasa aku nak layan kau. Aku nak nap jap.. Nanti petang ada aktiviti kan?”
“Aku memanglah kau tak nak layan. Kalau cik abang kau yang call, tak tidur malam pun takpe.”
“Haz.. Kau pernah tak rasa kena baling dari tingkat 3?”
“Aku gurau jer lah.. Kau nap jer lah tu.”
“Aku tau.. Saja jer nak bagi suspens.”

No comments:

Post a Comment