Friday 28 December 2012

cerita bab 42


Esok merupakan hari terakhir PSPM semester 2. Sekarang jam menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Aku membuat keputusan untuk tidur dahulu dan menyambung menelaah awal pagi esok.

Beep! Beep!
Ku lihat jam menunjukkan pukul 3.12 pagi.
"Apesal Haider hantar sms pagi-pagi buta ni.", desis hatiku.
"I think I'm still in love with Ifa.", ayat itu menusuk tajam kalbuku.
"After all the time. You're not over her yet?"
"I thought I did.."
"You thought you did.. Baguslah. You balik jer dengan dia."
"Tapi I tak tau.."
"Tak boleh ker you pretend you're in love with me satu hari jer? Esok ker lusa ker? I ada banyak benda nak fikirlah sekarang and you're definitely not my priority."
"Okay."
"Bye!"
Aku terus menarik selimut dan menyelubungi tubuhku. Malam itu aku tertidur akibat letih menangis.

"Kalau kau nak menangis, baik kau menangis sekarang. Get over this mess and get back in track.", kataku pada diriku.
Jam menunjukkan pukul 4 pagi, aku mengesat air mataku dan terus bangun. Pandanganku kabur, kepalaku pening. Tak satu pun yang dibacaku melekat dalam mindaku. Akhirnya aku membuat keputusan untuk menyambung tidurku. Tiada gunanya aku cuba menelaah dalam keadaan begini.

Azan Subuh yang berkumandang mengejutkan aku daripada tidurku.
"Aulia, kau kan kuat.This is nothing. Baik kau ambil wuduk sekarang dan sujud pada-Nya.", desis hatiku.
Usai menunaikan solat Subuh, aku kembali menelaah. Aku cuba untuk tidak memikirkan perihal Haider.

"Aulia Yasmin!", jerit Afifah daripada kejauhan.
"Apa?", jawabku sambil mencari tempat berlindung daripada sinaran matahari.
"Kalkulator kau!"
"Ya Allah. Terima kasih Fah sebab ingatkan.", kataku.
"Kau okay ker? Nampak distracted sangat pagi ni."
"Aku okay. Pening jer sikit."
"Mata kau kembang gila dowh!"
"Aku tidur lewat kan malam tadi."
"Hmmmm.. Okaylah aku pergi dulu eh. Ija dah tunggu tu. Goodluck!", ucap Afifah sambil berlalu pergi.
"Goodluck to you too.", kataku.

Aku membelek-belek kertas soalan untuk mencari soalan-soalan yang senang dahulu bagiku. Tiba-tiba aku rasa pening yang amat sangat. Sinaran matahari yang terik menerukkan lagi keadaanku. "Sabarlah wahai hati. Jangan kau nak buat drama menangis dekat sini pulak. Lepas ni kita tidur kejap eh. Bagilah aku jawab at least 70% daripada paper ni dulu.", bisikku pada diriku. Selepas berpuas hati kerana sudah menjawab kebanyakan daripada kertas soalan, aku pun tidur sebentar beralaskan tanganku.

Aku terbangun selepas mejaku diketuk oleh invigilator yang bertugas. Mungkin sebab aku dah tertidur lama sangat. Aku menjawab soalan-soalan yang belum ku jawab. Selepas berpuas hati, aku double check semua jawapanku dan menunggu masa tamat.

Selepas tamat peperiksaan, aku singgah ke cafe untuk membeli makanan. Sesampainya di bilik, aku switch on laptop milikku dan terus menekan folder We Got Married. Jo Kwon dan Gain are my happy pils. Aku tidak betah untuk memikirkan masalahku dengan Haider pada waktu ini. Aku masih ada satu lagi paper yang perluku duduki.

"Assalamualaikum.", ujar Afifah yang baru sampai.
"Waaaikummussalam.", jawabku.
"Lagak kau macam dah habis paper.", katanya.
Aku hanya tersenyum membalas kata-kata Afifah.
“Kau dah makan ker?”
“Dah baru jer.”, jawabku sambil menutup laptopku.
"Fah.."
"Ya?"
Aku nak tidur kejap eh. Nanti kau bangunkan aku. Karang aku missed pulak paper petang nanti. Aku pening ni.”
"Okay! Jangan risaulah. Kalau susah sangat aku simbah jer sebaldi air kat muka kau.."
“Kau yang selalu tidur mati bukan aku.”
“Ya lah.. Ya lah.. Kau pergi tidurlah. Karang melarat pulak pening kau tu.”
“Okay.”, kataku dan terus merebahkan tubuhku di atas katil milikku.

"Lia.."
"Erm?"
"Bangunlah.. Zohor dah ni. Lagipun kau ada paper lagi lepas ni."
5 more minutes.", omelku.

Usai Zohor dan mengemaskan barang-barangku. Aku mengambil tempat di sebelah Afifah.
"Fah.. Aku ada benda nak cakap."
"Apa dia?"
"Nanti aku cerita lepas aku habis paper ni eh."
"Okay. Goodluck!"
"Thank you."
Handphone milikku memang dibiarkan off sejak pagi lagi.

"Last paper! Wuhoo!"
Suasana kecoh. Semua pelajar jurusan Fizik bersorak gembira. Aku tersenyum puas. Setahun sudah aku di sini. Pahit manis susah senang hidup di sini semuanya ku dah rasakan.

"Assalamualaikum..", ujarku sesampainya di bilik.
"Walaikummusalam.", jawab Afifah yang sedang leka dengan laptopnya.
"Aku dah habis paper! I'm done. Wuhoo!", kataku.
"Untunglah.. Aku ada satu paper lagi.", katanya.
Sememangnya pelajar-pelajar jurusan Akaun memang mengambil satu subjek lebih daripada kami.

"Ingat tak tadi aku cakap aku ada benda nak cerita?", kataku sambil mengambil tempat di sebelah Afifah.
"Erm?"
"Haider..", menyebut namanya membuatkan air mataku mengalir.
"Ya Allah.. Aulia.. Kenapa kau nangis ni?"
Aku switched on handphoneku dan menunjukkan mesej awal pagi tadi kenapa Afifah.
"Lia! Kenapa kau pendam? Kenapa kau simpan masalah ni?", marah Afifah.
"Aku tak boleh deal masalah ni dulu. Sebab tu aku simpan. Takkan sebab seorang lelaki, aku nak musnahkan masa depan aku."
"Nangis lah Lia.. Nangis sampai kau puas."
"Lakonan aku sangat meyakinkan ker?"
"Haah. Aku tak detect pun masalah kau.. Kau kan memang tak patut."
"Entahlah Fah.. Aku pun tak tau nak buat apa. Yang aku tau aku sangat penat."
"Lia kau sangat kuat. Aku nak kau ingat tu. Tidurlah Lia.. Rehat dulu sebelum kau buat apa-apa."
Afifah duduk di katilku menemani diriku menangis sehinggalah aku tertidur.


Malam itu, Haider menelefonku. Aku tahu dia masih sayangkan Ifa. Kalaulah perasaan boleh dipaksa. I used to be that person too once. Ini mungkin karma. Aku memang bukan jenis perempuan yang fight over boys. Bukan sebab aku sombong tapi insecurities. Kalau diriku memang bagus, kenapa harus si dia mencari lain. Past experiences yang bukan hanya sekali, bukan dua tapi sudah masuk tiga mould me into this girl. Sayang.. Sebab aku dah sayang membuatkan aku menerima Haider kembali dengan mudah.

No comments:

Post a Comment