Friday 28 December 2012

cerita bab 19


"Aulia.. Cepat!", laung abah..
"Ya abah.. Dah nak siap ni."
Tengah hari ni flight dia ke Labuan. Hampir saja dia terlupa akan pemberian Adi kepadanya. Sedang dia cuba memakaikan rantai itu dengan sendirinya, rantai itu putus!

"Aulia! Cepat!", jerit abah lagi untuk kedua kalinya.
"Coming!"
Argh! Boleh pulak buat hal waktu-waktu cenggini. Dia menyimpan kembali rantai itu di dalam begnya dan bergegas keluar.

Sepanjang perjalanannya ke airport, hatinya tidak tenang.
"You :-("
"Erm? You dah turun eh?"
"Haah! Ala.. Janganlah sedih. Karang I sedih jugak."
"Tak.. Rantai.."
"Kenapa dengan rantai?"
"Putus :'-( You marah tak?"
"Hmmmm you kan.. Ganas!"
"Janganlah marah. I didn't mean to.."
"Hehe! Taklah. I tak marah. Dapat sambung balik ker tak?"
"Boleh kot.. Tapi kena hati-hatilah."
"Hati-hatilah sikit."
"Ni yang buat I takut nak pakai ni. Karang jatuh pulak."
"Kalau you takut nak pakai simpan dalam wallet bawak pergi sana-sini okay?"
"Okay!"

Sesampainya di airport, abah menguruskan segala yang perlu. Abah dan mama sekadar menghantarku ke airport. Adik-adikku mesih perlu menghadirkan diri ke sekolah pada keesokan harinya. Nenek, mak ngah dan pak udak yang ikut menghantarku ke Labuan. Rakan-rakanku juga hadir di airport mengiringi pemergian diriku. Adi? Kerana aral melintang, dirinya hanya mampu mengirimkan sms..

Sesampainya di Labuan, kami menunggu  kedatangan mak cik ku yang menetap di sana. Tiba-tiba aku ternampak a familiar face.
"Hoi!", tegur Boy..
"Kau lagi..", balasku.
"Aku pun naik muak dowh asyik jumpa kau jer.."
"Aku lagilah. Kau sorang?"
"Taklah.. Tu ibuku.", kata Boy sambil menunjuk ke arah ibunya.
Aku menundukkan kepala sambil tersenyum sebagai tanda hormat. Boy.. Classmate ku sejak from 1 lagi sampailah aku habis form 5.  Kami berbual sehinggalah Boy pamit. Fasilitator-fasilitator daripada Kolej Matrikulasi Labuan sudah memanggil-manggil para pelajar yang mengesahkan tempat duduk mereka di dalam bas..

Tidak lama selepas itu, mak cik Nor pun datang. Inilah kali pertama aku berjumpa dengannya. Ibunya merupakan first cousin nenekku. Dia menetap di sini mengikut suaminya yang berasal daripada Labuan. Labuan.. Kecil dan kurang maju kalau nak dibandingkan dengan tempat lain. Mungkin silver liningnya, para pelajar boleh fokus dengan pelajaran di sini. "New experience.. Tinggalkan yang perih, buka buku baru di tempat baru.", bisik hati kecilku.

No comments:

Post a Comment