Friday 28 December 2012

cerita bab 26


"Aulia! Matilah kau..", kata Elsey kepadaku.
"Kenapa?"
"Bekalan air hampir habis. Aku tak rasa kau sempat nak mandi."
"Hah?!"
Itulah pengalaman pertamaku sebagai pelajar matrikulasi yang rasmi.

Aku dan Afifah berjalan seriringan ke kelas.
"Hmmmmm", keluhku.
"Apesal?"
"Aku tak sempat mandi..", bisikku.
"Serius?!"
"Haah.."
Aku membalas tawa Afifah dengan membuat muka tidak puas hati.

Aku tiba di hadapan kelas pertamaku..
"My first class.", bisik hatiku.
Dari kejauhan aku ternampak Jack. Aku mengenalinya daripada sesi orentasi minggu lalu. Kami berbalas senyuman.

Bunyi bising di belakang mengejutkan aku..
"Korang tau tak kita dah lambat!"
"Kau lah punya pasal!"
"Aku ni tengah buta sebelah! Contact lens aku jatuh. Pagi-pagi dah soi. Korang lah punya pasal!"
"Kami pulak!"

Gelagat 3 orang pelajar perempuan itu membuat aku dan yang lain ketawa. Seorang daripadanya menarik perhatianku.
"Iza!", kataku sedikit nyaring.
"Aulia!", jerit Iza kembali sambil memelukku.
Iza merupakan rakanku semasa di sekolah rendah. Tidak sangka pulak akan bertemunya di sini dan menjadi rakan sekelas sekali lagi. Salah seorang daripada rakannya tadi juga merupakan rakan sekelasku. Aku, Iza, rakan Iza yang bernama Nina dan seorang lagi rakan kelasku yang bernama Nurul click on the spot.

No comments:

Post a Comment