Friday 28 December 2012

cerita bab 12


Last day of SPM, perasaan dia bercampur-baur. Lega, gembira, sedih, takut, Allah jer yang tahu. Rakan-rakan berpelukan kerana mungkin kami tidak akan berjumpa lagi. Masing-masing akan membawa hala tuju sendiri. Alam dewasa hanya beberapa tapak di hadapan.

Beep! Beep!
Handphoneku berbunyi menandakan satu mesej masuk.
"Oi! Lama tak dengar cerita."
"Memang! Kau lah yang menyombong dengan aku."
"Pandai jer.. Kau lah yang takde bunyi langsung lepas kita habis tuition."
Sms dibalas dan diriku membalas. Siapa? Haider. Rakan di tempat tuitionku. First impressionku terhadapnya, annoying dan bising. Orang yang pertama aku cari bila sampai di tempat tuition ialah Farah dan next ialah Haider. Mungkin sebab aku dah biasa mendengar suara bisingnya. Jadi bila dirinya tidak hadir, aku berasa sunyi. Aku tak ingat bila kami mulai rapat, tapi menjadi kebiasaanku pula untuk save a seat for him..Reaksi ku spontan, melambainya daripada jauh dan memberi signal supaya dirinya duduk di sebelahku. Farah.. Aku tidak mengambil tahu perihal dirinya. Marahku reda tapi aku masih tak dapat percayakannya. Mungkin kami lebih baik begini untuk masa sekarang.

Hari silih berganti. Aku tidak menyangka Haider akan meluahkan perasaannya kepadaku. Aku teringat perbualanku dengan Amirul semasa kelas Miss Chan suatu ketika dahulu.
"Kau kenal Haider eh?", tanya Amirul.
"Kenal.. Sama tuition. Apesal?"
Amirul membalas soalanku dengan renungan yang pelik.
"Korang sangat sepadan.", tuturnya lagi.
"Manalah kau dapat idea pelik-pelik ni."
"Aku serius dowh."
“Ha ha ha.”
“Ketawa pulak dia.. Serius ni!”
Dan perbualan kami terhenti di situ apabila Miss Chan memanggil Amirul untuk menjawab soalan di 
hadapan. Amirul bukanlah orang pertama yang berpendapat begitu. Zai, rakan tuitionku yang lain juga pernah menyatakan pendapat yang serupa.

Terasa bahuku dicuit.
"Apa?", kataku pada Zai.
"Adik aku kirim salam."
"Waalaikummussalam.", jawabku acuh tak acuh.
"Dia juga cakap. Kau nampak sesuai sangat dengan Haider.
"Ha ha ha so funny. Jangan nak reka cerita. Bila masa adik kau jumpa aku?"
"Semalam.. Kan kau berjalan keluar dari sini dengan Haider."
"I don't date my own friend."
"Right.. We'll see."

Itu prinsip aku masa tu. What if we break up in a bad term? Tapi aku pun tak nak terikat dengan past so I said yes to him..

No comments:

Post a Comment