Friday 28 December 2012

cerita bab 39


3 Februari 2011,
Khamis, 12.30 tengah hari.

Aku sedang leka menonton tv apabila handphoneku berbunyi.
"Lia!"
"Yes?"
“Kau kat mana ni?”
“Aku kat rumah..”
“Kau balik ker?”
“Haah. Kan tengah cuti Chinese New Year.
"Kalau camtu lepas Zohor nanti aku melepak kat rumah kau eh."
"Apesal?"
"Sebab aku nak jumpa kau lah.."
“Boleh.. Datang jer.. Bawak makanan sekali tau.”
“Aku bawak diri aku dan makanan yang dah sedia dihadam di dalam perutku ini.”
“Tak senonoh!”
“Kau tu yang tak senonoh! Adakah aku yang jadi tetamu ni nak bawak makanan. Kau tu bancuhkan air Ribena segelas untuk aku.”
“Kelassss kau jah!”
“Senget! See you in a bit.”
“Okie dokie!”

"Lia.."
"Erm?"
"Kau tolong berucap sikit boleh tak?"
"Untuk apa?"
"Aku nak buat time capsule."
“Aku lemah sikitlah bab speech ni.”
“Alah.. Please.. Aku nak ada memori yang once we reach 30, I can look back at good times we had when we were 18.”
“Mana ada good timesnya kalau kau tengok aku merapu tah apa-apa dalam video tu.”
“Pleaseeeee..”, ujar Fini memujukku.
Akhirnya aku akur dengan permintaan Fini. Orang nak fly abroad kan.. Entah bila aku akan berjumpanya lagi.

"Fini.."
"Erm?"
"Aku laparlah. Jom pergi McD!"
"Kau kan.. Nak makan jer kerja.”
“Alah.. Jomlah.. Aku kan dah menurut permintaan kau. Sekarang turn kau pulak! Jomlahhh..”
“Tak ikhlas langsung!”
“Kau tak dapat ukur aku punya tahap keikhlasan. Jomlah..”
“Fine!”
"Saayaaaang Fini. Aku ajak Syimah dan Izah sekali eh."


"Eh!"
"Kau apesal buat emergency break di tengah-tengah dunia ni Lia?", soal Syimah.
"Masuklah..", kata Izah.
Aku membalas kata-kata mereka dengan senyuman.
"Aku nampak Haider..", kataku.
"Mana?!", jerit Fini, Syimah dan Izah,
"Jom aku kenalkan dia dengan korang."

Selepas melakukan a brief introduction, aku mengambil tempat duduk di sebelah Fini.
Beep! Beep!
"Haider.", bisik hatiku.
"Your ice cream I letak atas meja you.."
"What ice cream?"
"The one I owe you.."
"Ingatkan you dah lupa."
"I promised didn't I.."
Aku mengangkat wajahku dan menoleh ke arahnya. Kami berbalas senyuman. Aku tak duduk pun bersama Haider. Bagiku he should enjoy his time with his friends like I am.

No comments:

Post a Comment